Saturday, 24 September 2011

KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 2


­­­­
STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

MATLAMAT

Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF KURIKULUM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid:
1     Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran.
2     Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit.
3     Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.


OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :
1    Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat
2    Menjauhkahkan diri daripada situasi dan sentuhan tidak selamat
3    Memilih jenis makanan berkhasiat
4    Mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok, dadah dan alkohol
5    Memahami dan mengurus perasaan mengikut situasi
6    Mengenali perbezaan fizikal dan perawakan antara lelaki dan perempuan
7    Menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap Tuhan, diri, ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan
8    Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit
9    Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek pencegahan kemalangan dan kecederaan
    10   Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan

PERNYATAAN STANDARD PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR


Band

       
Pernyataan Standard


6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat


5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Mempunyai  kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat


4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Boleh memperkembangan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran



3
Tahu, Faham dan Boleh Buat


Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental,  emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri



2
Tahu dan Faham


Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran



1
Tahu


Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran


1

Tahu




Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran





B1D1
Jenis bahan ketagihan



B1D2
Perasaan yang dialami



B1D1E1
Mengenal jenis bahan ketagihan
iaitu rokok, dadah dan alkohol


B1D2E1
Mempamerkan perasaan seperti
bimbang, cemas dan tidak selamat









2

Tahu dan Faham





Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran



B2D1
Aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat



B2D2
Pemakanan yang sihat dan selamat



B2D3
Penyakit  tidak berjangkit





B2D1E1
Menyenaraikan aktiviti fizikal yang     menyumbang kepada pertumbuhan
dan perkembangan yang sihat


B2D2E1
 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali  waktu makan


B2D3E1
Mengenali penyakit tidak berjangkit seperti ketumbit mata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan alahan




3

Tahu, Faham dan Boleh Buat





Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental,  emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri












B3D1
Aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat












B3D2
Menangani pengaruh dalaman dan luaran berkaitan kesihatan diri dan reproduktif





B3D3
Aspek pemakanan yang sihat dan selamat














B3D4
Menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga, dan masyarakat


B3D5
Pengurusan emosi untuk meningkatkan kesihatan mental





B3D6
Perbezaan perawakan jantina dan menghormati antara satu sama lain










B3D7
Penyakit konjunktivitis




B3D8
Aspek keselamatan diri


















B3D9
Tindakan semasa kecemasan


B3D1E1
Mengamalkan aktiviti fizikal untuk
mencapai pertumbuhan dan  
perkembangan fizikal yang sihat

B3D1E2
Mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat

B3D1E3
Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal


B3D2E1
Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat

B3D2E2
Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat


B3D3E1
Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesiti



B3D3E2
Mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat

B3D3E3
Menyatakan pengaruh rakan dan media dalam pengambilan makanan dan minuman


B3D4E1
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak menyalahguna bahan


B3D5E1
Mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahan yang berlaku dalam keluarga dan persekitaran seperti pertambahan dan kehilangan ahli dalam    
keluarga


B3D6E1
Menyatakan perbezaan fizikal dan perawakan perempuan dan lelaki





B3D6E2
Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina


B3D7E1
Mengenal pasti tanda-tanda dan cara mengelak daripada jangkitan konjunktivitis


B3D8E1
Mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam serta
menyenaraikan cara penyimpanan yang selamat

B3D8E2
Mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman  permainan dan tempat awam

B3D8E3
Menyatakan kesan kemalangan dan kecederaan seperti kecacatan kekal  tubuh badan




B3D9E1
Mengetahui situasi kecemasan dan meminta bantuan apabila berlaku kecemasan


4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab




Boleh memperkembangan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran



B4D1
Aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat



B4D2
Pemakanan yang sihat dan selamat







B4D3
Pengurusan emosi untuk meningkatkan kesihatan mental







B4D4
Kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan








B4D5
Keselamatan diri dan kemahiran kecekapan psikososial

B4D1E1
Menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat


B4D2E1
Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan

B4D2E2
Menceritakan tabiat pengambilan makanan dan minuman dalam kalangan ahli keluarga


B4D3E1
Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkan perasaan kepada orang yang boleh dipercayai





B4D4E1
Mematuhi ajaran agama


B4D4E2
Menunjukkan rasa kasih sayang
tanpa membezakan individu atau
kumpulan seperti tidak membuli
dan menyakiti orang lain


B4D5E1
Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kemalangan, kecederaan dan situasi
tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam pada setiap masa




5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji





Mempunyai  kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat





B5D1
Aspek pemakanan yang sihat dan selamat


B5D2
Kesan penyalahgunaan bahan




B5D3
Pengurusan emosi untuk meningkatkan kesihatan mental




B5D4
Penyakit konjunktivitis dan penyakit tidak berjangkit

B5D1E1
Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat


B5D2E1
Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil dadah dan alkohol terhadap kesihatan diri serta orang lain


B5D3E1
Mengamalkan sikap positif untuk
mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat


B5D4E1
Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami konjunktivitis

B5D4E2
Mengenal pasti tanda-tanda dan menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit (ketumbit mata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan alahan).





6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali



Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat











B6D1
Menangani penyalahgunaan bahan




B6D2
Peranan diri sendiri dalam aspek kesihatan keluarga



B6D3
Aplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan


B6D1E1
Melapor kepada orang dewasa berkaitan penyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan


B6D2E1
Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan



B6D3E1
Menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada Tuhan, diri, ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan

B6D3E2
Mengamalkan rasa syukur kepada
Tuhan dan terima kasih sesama
manusia


No comments:

Post a Comment