Sunday 7 August 2011

NKRA



Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12. NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan .
Sekarang lebih ramai menteri menanggalkan jaket dan menyinsing lengan untuk melihat sendiri masalah rakyat agar mereka dapat menyelesaikannya. Rakyat bertembung dengan menteri di rumah-rumah pangsa yang sesak, pasar dan stesen bas, di lebuh raya yang sibuk, sekolah, hospital, malahan di kawasan sering dilanda banjir. Era menteri disediakan permaidani merah dan menerima cendera hati selepas menyampaikan ucapan sudah berlalu. Menteri perlu mendengar denyutan nadi rakyat.Kabinet Najib dibentuk pada 9 April 2009 melibatkan barisan jemaah menteri yang lebih kecil, terdiri daripada 28 menteri dan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah.

Peringkat NKRA
NKRA pada peringkat negara dilaksanakan bermula September 2009. NKRA peringkat kementerian yang dikenali sebagai KRA akan dilaksanakan mulai Januari 2010 NKRA dibahagikan kepada dua fasa melibatkan peringkat negara dan kementerian yang berkuatkuasa pada tempoh berlainan.

6 teras NKRA

Enam bidang tumpuan NKRA ialah :
  1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
  2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
  3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
  4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
  5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
  6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan)
Konsep 1Malaysia menekankan penerapan teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi termasuk budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi. Ini bukan slogan dan bukan retorik politik. Ia merupakan ramuan yang boleh jadi penawar semua kaum dan etnik. Sebagai satu keluarga, kita akan menjadi negara yang kuat dengan etnik lain, tetapi hati tetap taat dan setia kepada negara.

Indeks Prestasi Utama

Indeks Prestasi Utama atau KPI (Key Performence Index) dirangka bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius dapat disemai di kalangan anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam negeri. Perdana Menteri membuat penilaiannya ke atas 28 menteri dan 40 timbalan menteri menjelang November 2009. Najib memperkenalkan KPI pada 9 April 2009. Melalui KPI, Najib akan menilai prestasi anggota pasukannya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

KPI tidak setakat slogan retorik di kalangan mereka dalam lengkongan kerajaan. Ia kini merupakan pendekatan sistematik bagi mengukur prestasi, memfokus bukan saja kepada aspek kuantitif dan kualitatif tetapi juga kepuasan rakyat sebagai ukuran kemuncak. Rakyat akan mengundi -- bukan menerusi SMS seperti dalam program realiti TV tetapi menerusi peti undi -- tentang prestasi kerajaan bila tiba PRU13 nanti. Talian hayat yang mereka ada ialah rakyat.

Pelan Transformasi Kerajaan

Pada 17-19 disember 2009, pameran terbuka Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dipamerkan selama dua hari di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid,Petaling Jaya,Selangor. Orang ramai berpeluang menilai pencapaian kerajaan melalui lapan makmal GTP dan NKRA. Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Idris Jala, Muhammad Shaahidullah Shayaa menyatakan bahawa respon daripada orang ramai diperlukan. Lebih 7,000 aktiviti di seluruh negara bersama lebih 2,000 projek dan 100 program dipamerkan. Lebih 1,000 komen bertulis mengenai inisiatif NKRA itu, dan 70 % pengunjung bersetuju dengan cadangan dalam keenam-enam NKRA.

Kadar Jenayah

Isu jenayah melibatkan pejabat Peguam Negara, mahkamah, penjara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha mengurangkan jenayah jalanan.3,000 anggota dari Pasukan Gerakan Am, pasukan para militari Polis Diraja Malaysia, 1,720 dari Rela dan 485 dari Jabatan Pertahanan Awam akan ditempatkan di lokasi panas. Polis tambahan dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dipinjamkan untuk rondaan jalanan "di kawasan-kawasan panas". Bilangan Polis Simpanan Sukarelawan akan ditambah menerusi latihan sambil kerja. Latihan kadet Tingkatan 4 dan 5 Jabatan Pertahanan Awam akan terus diserapkan selepas tamat sekolah. Semangat kesukarelawan di kalangan rakyat Malaysia dapat membantu mengurangkan jenayah kerana ia "bukan tugas polis sahaja".Terdapat 157 kawasan panas di seluruh negara yang membabitkan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi alamat emelnya (musa@rmp.gov.my) untuk hubungan langsung. Rakyat boleh bekerja sama dengan polis bagi menangani jenayah secara lebih berkesan. "Big League Tables" membolehkan rakyat menentukan kedudukan setiap balai sama ada mencapai sasaran atau tidak.Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan juga orang ramai akan dilantik untuk memastikan polis mencapai standard antarabangsa dan tanda aras yang ditetapkan.
Indeks jenayah kekerasan disasarkan turun sebanyak lima %. 20 % jenayah jalanan diturunkan. Program komuniti polis ditingkatkan 5 %.[13] Jenayah jalanan di 50 "kawasan panas" di seluruh negara akan diatasi. 50 kawasan panas jenayah jalanan dikenal pasti terutama sekitar Balai Polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur, Balai Polis Sentral Johor, Balai Polis Tampoi Johor, Balai Polis Cheras dan Balai Polis Klang.

Masalah pekerja asing tanpa izin dan pelajar asing yang menyalahgunakan pas pelajar turut ditekankan. Pelawat menyalahgunakan program visa sebaik ketibaan, yang bermatlamat untuk menarik lebih ramai pelancong asing. Pelajar asing yang ditaja oleh kerajaan masing-masing untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tidak menimbulkan masalah. Pelajar asing ditangkap kerana menjual dadah , menipu orang ramai dan memalsukan mata wang. Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk majikan. Sabah menjadi destinasi kegemaran ramai pelancong dalam dan luar negara.

Pada 13 Disember 2009, 172 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tamat menjalani latihan tujuh minggu sebagai anggota polis sukarela ditempatkan di kawasan panas di Lembah Klang. 490 anggota JPAM dan Rela telah dilatih sebagai anggota polis sukarela di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi. Namun mereka tidak dibekalkan dengan senjata api, hanya 't-baton' sahaja.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sasaran KPI telah disiapkan. Antaranya ialah permohonan tertunggak untuk mendapatkan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran yang lewat didaftar. Permohonan tertunggak untuk kewarganegaraan adalah 32,927, permit masuk (16,812) dan sijil kelahiran yang didaftarkan lewat ialah 93,360 permohonan. Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri

Rasuah

Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah ialah Datuk Hisham Nordin. Akta Pendedah Salah Laku akan digubal untuk memerangi rasuah.Menerusinya pemberi maklumat 'kebal' daripada dikenakan tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan. 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah akan ditubuhkan. Kini hanya ada dua buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan dua lagi di Shah Alam.

Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditingkatkan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat. Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa akan diperbaiki. Transparency International Malaysia (TI-M) boleh bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghapuskan rasuah. SPRM hendaklah diletakkan pada landasan sebagai sebuah badan bebas tetapi juga mematuhi prinsip dan prosedur Konvensyen mengenai Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).

Luar bandar

Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan bekalan elektrik, bekalan air serta perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. 50,000 buah rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) akan siap pada 2012. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. menyatakan bahawa M12 bilion disediakan bagi perumahan, jalan raya, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar. Rumah PPRT bernilai RM33,000 bagi setiap unit di Semenanjung Malaysia dan RM44,000 di Sabah dan Sarawak, akan diberikan secara percuma tanpa ada sewa atau bayaran apa-apa. Tanah yang sesuai dikenal pasti untuk membina rumah PPRT.

1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak akan dibina. Selama ini penduduk Sabah dan Sarawak amat bergantung kepada bot untuk membawa hasil pengeluaran atau menghantar anak ke sekolah. Penurapan jalan yang terletak lima kilometer daripada jalan bertar di Semenanjung Malaysia dijangka siap pada 2012. Set generator atau kuasa solar akan disediakan di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak untuk bekalan elektrik.

Pengangkutan awam

NKRA mensasarkan 600,000 orang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang akhir 2012. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat menyatakan bahawa 240,000 dari jumlah populasi Lembah Klang ( 10 -12 %) menggunakan pengangkutan awam . Kerajaan berharap 2.5 % (atau 600,000) penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam.
Usaha ke arah itu termasuklah :
  1. Meningkatkan kapasiti pengangkutan awam
  2. Merangsang permintaan menerusi "pendekatan tarikan"
  3. Mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat pernigaan (CBD)
  4. Menstruktur semula peraturan untuk kelangsungan yang berpanjangan
  5. Mengadakan pengurusan permintaan masa depan melalui "pendekatan tolakan.
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan diwujudkan pada 2010. Ia sebagai kapten industri tunggal untuk menyelaras usaha kepada keseluruhan sistem pengangkutan awam. Kelemahan wujud kerana 12 kementerian terlibat dalam hala tuju pengangkutan awam.
Pengangkutan awam Lembah Klang kini telah tepu terutama bagi perkhidmatan rel (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel. 360,000 pengguna kenderaan persendirian hendaklah beralih kepada pengangkutan awam. Bancian melaporkan bahawa 58 % atau 207,000 orang ini akan menggunakan perkhidmatan rel .42 % atau 153,000 orang akan menggunakan bas. Komuter KTM menyumbang 95,000 penumpang. Laluan LRT Kelana Jaya seramai 62,000. Laluan LRT Ampang LRT seramai 33,000 penumpang.
  • Masa menunggu selama 3 minit di stesen komuter akan dikurangkan kepada 2.5 minit sahaja. KTM Berhad telah membeli lima set tren elektrik (ETS) untuk perkhidmatan antara Ipoh-KL-Seremban menjelang April 2010.
  • Perkhidmatan Bas Transit Lebuhraya (BET) di empat koridor di Lembah Klang dilancarkan pada 2010.Laluan khas untuk bas yang meliputi 12 koridor utama di Lembah Klang diperkenalkan.
  • Bas RapidKL akan ditingkatkan kepada 850 buah bas. 52 laluan baru diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai ke Lembah Klang.
  • Sistem tiket bersepadu dan struktur tambang di bawah konsep "1Ticket, 1Seamless Journey" meliputi kesemua 16 operator di Lembah Klang.
  • 6,800 tempat baru meletak kenderaan di 14 stesen rel di luar kawasan bandar raya akan ditambah. Perkhidmatan feeder ke stesen rel diperbaiki serta meningkatkan stesen dan terminal bas yang sesak.
  • Terminal bas di Bandar Tasik Selatan (selatan), Gombak (timur) and Sungai Buloh (utara) akan diwujudkan. Terminal di Bandar Tasik Selatan sedang dibina. Terminal Gombak siap 2010. Terminal Sungai Buloh akan menampung bas ekspres ke utara selepas 2012. 750 bas dari selatan dan pantai timur Semenanjung akan dialihkan dari pusat bandar.
  • Hab terminal antara bandar raya di Pasarama Kota, Plaza Rakyat dan Pudu untuk menampung laluan trafik dari pinggir ke dalam bandar raya. 14 Hentian Akhir Bandar turut disediakan.

Kemiskinan tegar

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mengumumkan duit Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi pada setiap 1 hari bulan bermula pada Januari 2010. Terdapat 117,545 penerima yang dibayar setiap bulan oleh JKM. Ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak menerusi sistem e-Kasih dan Projek Cari.

Program Perumahan

Program Bantuan Rumah (PBR) dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan Malaysia agar rakyat marhain mendapat rumah mampu milik bagi membasmi kemiskinan. Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan bahawa skim perumahan di rumah panjang Sabah dan Sarawak perlu diubahsuai. Golongan miskin penghuni rumah panjang boleh memohon pinjaman RM10,000 untuk membaiki kediaman mereka. Kota Marudu terdapat 1,495 penduduk miskin tegar yang layak mendapatkan bantuan Program E-Kasih tetapi pada setiap tahun, peruntukan sedia ada hanya dapat membaiki kira-kira 60 buah rumah di setiap kawasan parlimen. Contohnya rumah panjang Marimbau Darat dan Rita di Matunggong. 70 % rumah panjang dari 30 rumah panjang di Matunggong didapati sangat usang , tidak selamat diduduki dan perlu pembaikan besar. Rumah panjang ini dibina semasa kerajaan Berjaya. Bantuan dalam bentuk atap zink dan dinding papan lapis masih tidak cukup.
Geran pembaikan antara RM10,000 dan RM15,000 boleh diberi kepada setiap rumah. Kos antara RM40,000 hingga RM50,000 bagi setiap unit perlu disediakan bagi membina rumah baru PBR.
Cadangan pembaikan:
  1. Bantuan membaiki rumah bagi kediaman yang masih boleh didiami
  2. Model PBR bagi rumah percuma golongan miskin yang disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
  3. Pinjaman tanpa faedah bagi jenis rumah .

Makmal bumiputera

Pada 21 Januari 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) Senator Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa makmal bumiputera akan ditubuhkan. Ia melibatkan bumiputera di Sabah dan Sarawak.Sabah dan Sarawak akan mempunyai model pembangunan tersendiri dengan penubuhan sebuah makmal khusus untuk membuat pengubahsuaian dan dilaksanakan dengan berkesan. Ia mendapat kerjasama penuh daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Ketua Menteri Sarawak juga memberi dokongan penuh.

Friday 5 August 2011

KSSR

LATAR BELAKANG
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan
 
Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada:
  • Pembangunan modal insan
  • Penghasilan pelajar celik minda
  • Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat 
  • Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab
Teras ke-2 PIPP 
DasarMembangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni

Matlamat
Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai

FOKUS KURIKULUM
Tahap 2
pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiranasasTMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai

Tahap 1
penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asasTMK, perkembanganso sioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai

Pra sekolah

perkembangansosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaankesekolahrendahsertapendedahan kemahiran 3M dan menaakul

EMK
Elemen Kreativitidan Inovatif
Elemen Keusahawanan
Elemen (TMK)

RASIONAL
  • Kemahiran abad ke-21
  • Pembangunan Negara: Perspektif Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Perindustrian.
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi…mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui (TunMahathir).
  • Model Ekonomi Baru (MEB)

-Antaraciri-ciri Malaysia pada tahun 2020 dalam MEB ialah
  • Keusahawanan dan Inovatif
-mewujudkan mekanisme untuk membantu kumpulan 40% terendah menggunakan naluri keusahawanan bagi memula dan mengembangkan perniagaan
  • Dasar Utama TMK KPM menyatakan bahawa TMK sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Standard Kandungan
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahuidan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Standard Pembelajaran
Satupenetapankriteriaatauindikatorkualitipembelajarandanpencapaianyang bolehdiukurbagisetiapstandard kandungan.

Mengapa Standard
  • Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan•
  • Penetapani lmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukurdengan jelas•
  • Mengenalpasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)•
  • Mengatasi masalahmuri dkeciciran dalam pembelajaran•
  • Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
BAHAN KURIKULUM
1. .Dokumen Kurikulum
  • Standard Kandungan
  • Standard Pembelajaran
2. .BukuTeks
•Berpendekatan Modular

Pentaksiran P&P
  • Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
  • Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
  • Bersifat autentik dan holistik
KESIMPULAN

  • Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21;
  • Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan
  • Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

Wednesday 3 August 2011

GAYA PERMULAAN LARI PECUT

GAYA PERMULAAN LARI PECUT


Ada 3 jenis

  1. Gaya Peluru
  2. Gaya Sederhana
  3. Gaya Panjang

Perlakuan

*      Rendahkan badan

*      Melutut, kedua2 kaki di belakang

*      Sebelah lutut di atas tanah

*      Sebelah lagi di hadapan

*      Kedua2 tangan menyentuh tanah

*      Buat penyesuaian


Faktor2 Yg Mempengaruhi

  1. Saiz badan peserta.
  2. Masa tindak balas peserta
  3. Kekuatan kaki peserta
  4. Kecekapan kordinasi

MENGGUNAKAN BLOK

  1. Jarak blok dari garisan, beri keselesaan
  2. Jarak blok dari garisan (30- 48cm)
  3. Jarak antara depan & belakang ikut kesesuaian
  4. Lakukan beberapa percubaan utk cari kesesuaian
  5. Tentukan kaki yang melangkah dahulu
  6. Pastikan blok dipasang dgn kuat

 SITUASI KE GARISAN
  1. Blok berada di bawah kedua2 kaki
  2. Dekam dan letak kaki pada blok
  3. Letak tangan di belakang garis mula
  4. Tangan seluas bahu
  5. Sesuaikan kedudukan badan

 KEADAAN SEDIA

  1. Tinggikan sedikit bhg pinggang dr bahu
  2. Luruskan tangan, gerakan bahu ke hadapan
  3. Tekankan kedua2 belah kaki pada blok

BERLEPAS DARI BLOK

  1. Gerak lurus ke hadapan
  2. Badan rendah dr 20m- 30m
  3. Jarak langkah sederhana
  4. Tolak dgn kaki hadapan
  5. Hayun tangan
Rujukan

 Teng Boon Tong (1989), Panduan Pengajaran Olahraga, Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Resepi Aduh Sedapnya

 SUP EKOR
Bahan-bahan:

125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu - guna 1kg tulang lembu
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - hanis lebihkan skit lagi air
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam,
lada hitam yg baru dikisar - terlupa letak
daun ketumbar - dihiris2
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2 - ketuk ja, tak hiris pun
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan - haniss tumis tulang sehingga kering airnya.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Tuesday 2 August 2011

Aktiviti Fizikal


Definisi
Aktiviti fizikal bermaksud semua pergerakan tubuh badan yang menggunakan tenaga. Ini termasuk semua pergerakan badan seperti duduk, bangun, berjalan, berlari, melompat, mendaki dan lain-lain aktiviti rekreasi
        
Kebaikan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal boleh meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem edaran darah. Ia juga meningkatkan kecekapan pergerakan dan fleksibeliti badan. Memperbaiki tonus dan postur tubuh badan. Menambah kekuatan dan daya tahan otot. Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara berterusan akan meningkatkan sistem fisiologi tubuh badan. Keupayaan respiratori akan meningkat di samping itu juga tahap kekuatan otot, kuasa, kecergasan, ketangkasan dan kordinasi akan bertambah baik. Lima kunci kepada melakukan aktiviti fizikal ialah:

1.Tiada Istilah Terlewat
          Dalam melakukan aktiviti fizikal tiada istilah terlewat atau terlambat. Jika sebelumnya tidak pernah melakukan aktiviti fizikal boleh bermula dari sekarang. Aktiviti fizikal hendaklah bersesuaian dengan keupayaan individu. Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang terlalu membebankan dan boleh mendatangkan kecederaan. Aktiviti seperti berjalan pantas pun sudah memadai asalkan dilakukan secara berterusan. Kurangkan aktiviti seperti menonton televisyen dan bermain komputer yang hanya melibatkan duduk yang tidak bermanafaat kepada kesihatan tubuh badan.

          Aktiviti fizikal perlu dilakukan mengikut kemampuan individu itu sendiri. Aktiviti fizikal untuk kesihatan bukan semestinya bersukan atau berjoging, tetapi ia adalah lebih luas dan mempunyai banyak pilihan. Individu yang tidak berupaya untuk bersukan boleh memilih aktiviti seperti berjalan, berkebun, mencabut rumput, menyapu sampah, melakukan kerja rumah dan sebagainya. Itulah sebabnya dikatakan bahawa tiada istilah terlewat dalam melakukan aktiviti fizikal kerana aktiviti fizikal tidak terbatas asalkan yang melibatkan pergerakan dan dilakukan secara berkala serta mengikut kemampuan diri ianya pasti akan mendatangkan kesan positif terhadap kesihatan tubuh kita.

 2.Kekerapan Aktiviti
           Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan secara berkala iaitu sekurang-kurangnya 30 minit setiap aktiviti sebanyak tiga kali seminggu. Aktiviti fizikal haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.

          Kekerapan aktiviti akan membolehkan kita melihat kesan senaman terhadap diri seseorang. Kekerapan senaman akan membantu meningkatkan kecergasan fizikal dan kardiovaskular seseorang. Individu yang cergas akan lebih berkeyakinan dalam melakukan tugasan yang diberikan. Kecergasan juga membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu kerja tanpa rasa letih dalam tempoh yang lama. Ini membolehkan peningkatan produktiviti dan mutu kerja.

3.Tempoh Masa
          Tempoh masa sesuatu aktiviti fizikal juga adalah amat penting. Sesuatu aktiviti fizikal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit bagi setiap aktiviti bagi mendapat hasil yang optimum. Jadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Buatlah janji temu dengan rakan untuk melakukan aktiviti fizikal bersama-sama bagi mengelakkan kebosanan. Tempoh masa yang terlalu lama mungkin akan mendatangkan kecederaan manakala tempoh masa yang terlalu pendek tidak mendatangkan apa-apa kesan positif.

          Tempoh masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

4.Aktiviti Kegemaran
          Adalah lebih bermanfaat jika kita dapat melakukan aktiviti fizikal yang digemari seperti bermain badminton dan bola sepak. Walau bagaimanapun bukan permainan sahaja yang boleh ditakrifkan sebagai aktiviti fizikal. Aktiviti berkebun juga boleh digolongkan sebagai aktiviti fizikal. Aktiviti tersebut bukan sahaja memberi faedah kepada kesihatan fizikal  tetapi juga dari aspek lain seperti keceriaan, ekonomi dan sebagainya. Aktiviti yang digemari tidak akan membebankan seseorang itu untuk melakukannya berbanding aktiviti yang tidak digemari. Aktiviti kegemaran akan memungkinkan aktiviti tersebut akan dapat dilakukan lebih kerap ataupun berterusan.

5.Beri Galakkan Kepada Remaja Lakukan Aktiviti Fizikal
          Para remaja perlu diberi galakkan melakukan aktiviti fizikal. Ibu bapa perlu memberi galakkan sejak mereka kecil lagi. Kemudahan bagi para remaja beriadah perlu disediakan agar mereka lebih bermotivasi melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah amat penting kerana budaya hidup remaja sekarang adalah lebih kepada cyber cafĂ© dan komputer yang tidak melibatkan pergerakan fizikal. Pihak-pihak tertentu seperti NGO dan badan sukarela yang lain boleh menganjurkan pertandingan sukan agar remaja lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal yang dilakukan atau menjadi rutin sejak zaman remaja akan dibawa apabila mereka berusia kelak. Ini akan menjadikan mereka lebih sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental kerana aktiviti telah menjadi sebahagian budaya hidup mereka.

          Pelancaran larian 1Murid 1 Sukan yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini merupakan salah satu langkah Kementerian Pelajaran untuk memberi galakkan kepada kanak-kanak, remaja dan semua lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Kalau 20 tahun lalu padang bola sepak, gelanggang sepaktakraw dan gelanggang lain selalu dipenuhi oleh golongan remaja untuk bermain. Senario berkenaan sudah agak berkurangan pada masa sekarang. Itulah sebabnya konsep 1Murid 1Sukan diperkenalkan untuk melahirkan masyarakat
yang lebih sihat dari segi jasmani, rohani, mental dan intelek selaras dengan falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang.

Lima Kunci Diet Yang Sihat


Definisi
          Menurut Hill, Oliver dan Rogers (1992) diet merupakan pemakanan yang sesuai bagi mengurangkan bahagian yang tidak diingini dari badan mereka, menjadikan mereka lebih ramping, sepatutnya dan lebih sihat. Nutrien yang diambil perlu mengikut hiraki keperluan makanan seperti Karbohidrat, Vitamin, Protein dan lemak. Nutrien adalah bahan kimia yang penting dalam makanan untuk kegunaan tubuh badan manusia.
Listen
Read phonetically

1.Penyusuan Bayi
          Bayi hendaklah diberi susu yang secukupnya terutamanya dalam tempoh usia 0 hingga 6 bulan. Ini adalah kerana susu ibu mempunyai nutrien yang lengkap yang diperlukan oleh seorang bayi. Susu perlu diberi kepada bayi pada bila-bila masa selagi bayi tersebut berkehendakannya. Pemberian susu ibu pada peringkat awal akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut.


          Keperluan kalori bayi adalah sedikit berbanding orang dewasa. Walau bagaimanapun bayi juga memerlukan nutrien yang mencukupi untuk kekal sihat. Keperluan makanan adalah berbeza kerana bayi mempunyai sistem penghadaman yang lebih kecil. Oleh itu nutrien terbaik untuk bayi adalah susu terutamanya susu ibu.

2.Makan Pelbagai Jenis Makanan
          Kita digalakkan makan pelbagai jenis makanan secara seimbang dan terkawal. Pengambilan makanan seimbang adalah amat penting untuk memastikan kita kekal sihat. Kita digalakkan makan makanan yang mengandungi karbohidrat dalam kuantiti yang banyak tapi terkawal. Makanan jenis ini akan memberi tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian. Kurangkan sedikit pengambilannya jika aktiviti seharian kita kurang menggunakan tenaga seperti bekerja di pejabat. Bagi makanan yang mengandungi zat protein pula hendaklah diambil dalam kuantiti yang sederhana.

          Makanan jenis ini membantu tumbesaran bagi kanak-kanak serta pembinaan otot. Makanan yang mengandungi vitamin dan berserat boleh diambil untuk membekalkan vitamin kepada tubuh dan melawaskan sistem perkumuhan. Makanan yang berlemak hendaklah diambil dalam jumlah yang sedikit. Pengambilan lemak yang berlebihan akan memudaratkan tubuh badan. Pengetahuan tentang piramid makanan adalah penting untuk penyediaan makanan seharian kita. Pengambilan pelbagai jenis makanan juga boleh memberi pilihan dan mengelakkan kebosanan tetapi pengambilannya hendaklah seimbang dan sesuai dengan gaya hidup kita.

          Makanan memberi kita tenaga dan zat-zat lain yang diperlukan untuk pertumbuhan, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Tidak ada satu makanan pun yang mampu membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Cara terbaik adalah makan pelbagai jenis makanan. Kepelbagaian boleh dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan. Prinsip kesederhanaan perlu diutamakan untuk mengelakkan terlalu banyak makan dari sejenis kumpulan makanan.

 3.Banyakkan Makan Sayur dan Buah-buahan
          Kita digalakkan makan sayur dan buah-buahan dalam  kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 400g sehari. Sayuran dan buahan boleh dijadikan snek bagi menggantikan snek yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Sayuran tidak boleh dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan kemusnahan vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh yang terdapat dalam sayuran tersebut. Sayuran atau buahan yang ditinkan boleh diambil tetapi pilih daripada yang tidak ditambah gula dan garam serta bahan pengawet.

          Kebaikan makan sayur tidak terhingga banyaknya. Antaranya ialah ia rendah lemak, kalori dan nutrien serta tidak mengandungi kolesterol. Selain itu, sayur-sayuran juga mempunyai vitamin, mineral, serat dan bahan bio aktif. Setiap jenis sayuran mempunyai pakej nutrien yang tersendiri. Maka setiap jenis sayur berbeza dari segi jumlah nutrien yang dibekalkan. Vitamin dan mineral dalam sayuran membantu dalam tumbesaran dan perkembangan serta membantu menjaga kesihatan secara keseluruhannya. Jika kita kekurangan vitamin kita akan mudah diserang penyakit. Serat yang terdapat dalam sayuran membantu membina sistem penghadaman yang sihat dan sembelit di kalangan kanak-kanak.

4.Makanan berlemak dan berminyak dalam kadar yang sederhana
          Makanan yang berlemak dan berminyak hendaklah diambil dalam kadar yang sederhana. Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak memerlukan gaya hidup yang aktif. Bagi bukan atlet pengambilan apa jua jenis makanan hendaklah seimbang atau dalam kadar yang sederhana. Gunakan minyak sayuran seperti minyak zaitun, soya bunga matahari dan jagung. Penggunaan lemak haiwan dan lemak tepu hendaklah dielakkan seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit. Pilih daging putih seperti ayam dan ikan yang secara amnya rendah lemak berbanding daging merah. Pengambilan daging atau makanan yang diproses yang mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi hendaklah dielakkan. Makanan yang diproses dan diberikan perasa tiruan iaitu MSG hendaklah dielakkan.        

          Lemak bukan sahaja membekalkan sumber tenaga, tetapi pada masa yang sama memberi rasa kepada makanan kita. Bagaimanapun pengambilan makanan berlemak yang tidak terkawal akan menyebabkan masalah kesihatan. Lemak bukanlah pembekal bahan bakar yang baik. Tetapi merupakan sumber tenaga untuk fungsi seharian.


5.Pengambilan Gula dan Garam
          Pengambilan gula dan garam dalam makanan hendaklah dikurangkan atau dalam kadar yang perlu sahaja. Gula memudaratkan kesihatan. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Sir Frederick Banting (1929), individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu di Panama. Pengambilan gula yang berlebihan menjadi salah satu faktor penyakit diabetis.
          WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.  Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III (2006) mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Prevalens diabetes juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III). Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser. Gula juga adalah penyebab utama karies gigi (dental caries).

           Begitu juga dengan pengambilan garam yang berlebihan menjadi salah satu punca penyakit tekanan darah tinggi. Garam merupakan elektrolit yang penting yang membatu mengawal tekanan darah. Sikap sederhana perlu ada dalam diri semua individu kerana sikap ini akan membantu kita sentiasa dalam keadaan sihat dari fizikal dan mental. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit pada masa kini adalah berpunca dari pengambilan makanan yang tidak terkawal. Garam merupakan nutrien penting kepada tubuh manusia.. Ia berfungsi di dalam keseimbangan cecair tubuh, tekanan osmotik, keseimbangan asid-bes serta aktiviti elektrofisiologi otot dan sistem saraf

          Garam merupakan bahan yang diperlukan di dalam diet dan fungsinya di dalam tubuh adalah penting. Natrium klorida adalah bahan kimia yang diberikan untuk garam biasa dan merupakan elemen yang berpotensi untuk memudaratkan kesihatan jika diambil terlalu banyak. Fungsi utama nutrien di dalam tubuh adalah untuk mengekalkan keseimbangan cecair tubuh terutamanya untuk keseimbangan osmosis dan pergerakan cecair sel (Stare dan McWilliams, 1990; Gibson et al. 2000).