Tuesday 11 October 2011

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN


KERTAS KONSEP
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMAI 2011

RASIONAL

Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko- kurikulum di  sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing – masing.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing – masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna , tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperoleh kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar.

MATLAMAT

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan  Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip – prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai – nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa

OBJEKTIF



·         Mendedahkan para peserta kepada aspek – aspek asas perkhemahan.

·         Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

·         Melatih para peserta melaksanakan aktiviti – aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.

·         Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

·         Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan – latihan lasak dan mencabar.

·         Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing – masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

·         Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun – rukun beragama dan kehidupan bermoral



TEMA: 1 Malaysia CINTAI ALAM SEKITAR

 Konsep Pelaksanaan: Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran melalui aktiviti”. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:-

·         Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.

·         Penerapan nilai – nilai murni kemanusiaan.

·         Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi

·         Pengukuhan disiplin kendiri

·         Pengukuhan disiplin berpasukan

·         Pengukuhan keimanan dan ketakwaan

·         Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi

·         Penyemaian ciri – ciri kepimpinan berwibawa.

·         Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis

·         Memupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi.



 Aktiviti : Aktiviti yang akan diadakan akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu aktiviti tanpa

pertandingan dan aktiviti pertandingan.



JAWATANKUASA INDUK

Sila senaraikan



JAWATANKUASA PELAKSANA

Sila senaraikan



SENARAI AKTIVITI TANPA PERTANDINGAN

Jika perlu

SENARAI AKTIVITI PERTANDINGAN

Senaraikan

MAKLUMAT PENYERTAAN

Senaraikan aktiviti & bilangan peserta

TENTATIF PROGRAM

Rangka program dari Hari Jumaat-Sabtu

BAJET

Senaraikan bajet untuk 2 hari seperti makan, hadiah & lain-lain keperluan duit kokurikulum sebanyak RM 400.00 guna secara bijak.





Ketetapan dan pelaksanaan:-

Tarikh :29 hingga 30 Oktober 2011

 Hari : Jumaat- Sabtu

Tempat  : Padang Sekolah, SK Sungai Ramai Ayer Tawar



Majlis Perasmian Pembukaan

Tarikh : 29 Oktober 2011

 Hari :Jumaat

 Masa :5.00 Petang

Tetamu Kehormat : KOMANDER (K) HASHIM BIN ADNAN GURU BESAR, SK SG. RAMAI AYER TAWAR



Majlis Perasmian Penutup

Tarikh :30 Oktober 2011

Hari :Sabtu

Masa :12.00 Tengah hari

Tetamu Kehormat : ENCIK ROSLI BIN SAKIMAN YDP PIBG SK SUNGAI RAMAI



PERATURAN

Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.



HARAPAN

Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga, sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu.



DISEDIAKAN OLEH,



………………………………

PUAN NORAINI BINTI KAMARUDDIN

SETIAUSAHA KOKURIKULUM

SK. SG. RAMAI, AYER TAWAR,

PERAK.







DISEMAK OLEH,

…………………………
EN. MOHD HANIFAH BIN AG. ALIJANG
GURU KANAN KOKURIKULUM,

SK. SG. RAMAI, AYER TAWAR,

PERAK.







DISAHKAN OLEH,



-----------------------------

KOMANDER (K) HASHIM BIN ADNAN,

GURU BESAR,

SK. SG. RAMAI, AYER TAWAR,

PERAK.












No comments:

Post a Comment