Sunday 25 September 2011

Contoh RPH Pend Kesihatan KSSR

 CONTOH 1

Mata Pelajaran dan kelas
Pendidikan Kesihatan Tahun Satu


Tema / Tajuk
Kesihatan diri dan reproduktif


Masa
30 minit


Standard Pembelajaran
1.2.1 dan 1.2.2


Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.  Mempamerkan kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak
     selamat dengan nada suara dan intonasi yang betul.


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.   Perbincangan tentang maksud sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat berdasarkan tayangan klip video.
2.   Perbincangan tentang pelbagai situasi sentuhan yang selamat dan tidak selamat.
3.   Pelbagaikan kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
1.  Kreativiti
2.  Nilai murni

    
Bahan Bantu Belajar
1.  Klip video
2.  Kad imbasan


Penilaian Pengajaran dan pembelajaran
1.  Berkata TIDAK dalam pelbagai cara kepada sentuhan tidak
     selamat dengan yakin dan tegas.


Refleksi
1.  37 murid dapat berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
2.  3 murid masih perlu diberi latihan dengan kemahiran berkata
     TIDAK kepada sentuhan tidak selamat. Murid yang tidak dapat
     Menguasai akan diberi bimbingan dalam kelas seterusnya.


CONTOH 2

MATA PELAJARAN DAN KELAS
Pendidikan Kesihatan Tahun Satu


MODUL 1
KESIHATAN FIZIKAL
-          Kesihatan Diri dan Reproduktif


MASA
30 minit


STANDARD KANDUNGAN
1.1 mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.


STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.1 menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
1.1.2 mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.



AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.   Perbincangan tentang aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
2.   Murid memberikan contoh aktiviti fizikal tersebut .

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
1.  Kreativiti


    
BAHAN BANTU BELAJAR
1.  Kad imbasan( demonstrasi)


PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penilaian secara berterusan


REFLEKSI
  1. …...dapat menyatakan contoh aktiviti fizikal dengan betul, ……diberikan latih tubi secara berterusan.


No comments:

Post a Comment