Pendahuluan.
Dewasa ini prestasi atlit meningkat dengan
mendadaknya dan kebanyakan jurulatih menyatakan kecergasan fizikal adalah
elemen penting untuk menghasilkan pencapaian yang baik. Namun begitu terdapat
beberapa faktor lain turut mempengaruhi prestasi seperti pembawaan genetik,
komposisi badan, morfologi badan dan fisiologi. Atlit yang hanya
mempunyai kecergasan fizikal terbaik mungkin tidak dapat menunjukkan prestasi yang
baik jika lemah dari segi kemahiran, taktik, pemakanan dan mental. Peningkatan
jumlah masa latihan adalah akibat pencarian yang tidak ada kesudahan untuk
menghasilkan prestasi terbaik. Keadaan ini disebabkan atlit beranggapan lebih
banyak masa mereka berlatih maka prestasi akan bertambah. Pada hakikatnya lebih
lama masa diambil untuk berlatih tidak selalunya menghasilkan keputusan yang
baik kerana atlit perlu mengikuti prinsip-prinsip latihan dengan cara yang
saintifik untuk menghasilkan keputusan yang baik pada masa yang tepat. Ini
adalah kerana keadaan adaptasi setiap individu terhadap latihan adalah berbeza
(Wilmore dan Costill 1994). Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza
terhadap tekanan latihan yang sama. Seseorang mungkin merasakan latihan tersebut
mungkin terlalu membebankan tetapi talit lain mungkin di bawah kapasiti mereka.
Oleh sebab itu adalah penting untuk jurulatih mengenal pasti perbezaan individu
dalam mereka bentuk program latihan.
Pembawaan Genetik
Genetik memainkan peranan yang penting dalanm
menentukan prestasi atlit Kenyataan ini jelas telah dibuktikan oleh pencapaian
keluarga Hj. Sidek. Malaysia menjuarai semula Piala Thomas dalam permainan
badminton selepas 25 tahun dan separuh dari skuad tersebut dianggotai oleh
anak-anak Hj. Sidek (Razif Sidek, Jailani
Sidek, Rashid Sidek dan Rahman Sidek).
Warisan memainkan peranan yang penting dalam prestasi kerana aras maksima
penggunaan oksigen bergantung kepada faktor genetik. Bouchard etal (1992)
merumuskan bahawa warisan memberikan varian di antara 25-50% pada nilai
penggunaan maksima oksigen. Berdasarkan kepada fakta ini warisan sahaja
bertanggung-jawab di antara ¼ - ½ dari jumlah pengaruh terhadap prestasi. Smith
et al. (1992) mencadangkan pembawaan genetik perlu diberi perhatian yang serius
dalam pemilihan pemain bola tampar antarabangsa. Beliau berpendapat adalah
lebih mudah untuk melatih atlit yang mempunyai keperluan genetik yang khusus
terhadap sesuatu sukan kerana tindak balas terhadap program latihan ditentukan
oleh faktor baka. Gualdi dan Graziani (1993) berpendapat prestasi atlit
dibatasi oleh beberapa faktor genetik dan persekitaran. Sebagai contohnya
gentian otot adalah sangat penting untuk memandu atlit mencari acara yang
paling sesuai untuk diceburi. Ini adalah kerana manusia dipengaruhi oleh dua
gentian otot iaitu gentian otot merah (Slow-Twitch) dan gentian otot putih
(Fast-Twitch). Mero et al. (1981) memeriksa penghasilan daya ke atas pelari
pecut pada tiga kumpulan yang berbeza (100m=10.7s, 11.1 dan 11.5s). Mereka
mendapati kumpulan terbaik mempunyai 66.2% gentian otot putih, pertengahan
62.0% dan kumpulan paling lemah 50.4% pada otot vastus lateralis. Kenyataan ini
membuktikan pembawaan genetik merupakan faktor yang menentukan jenis sukan yang
sesuai diceburi oleh seseorang. McArdle et al. (1996) berpendapat jika individu
mempunyai pembawaan mendapatkan penggunaan oksijen yang maksima perlu
melengkapkan diri dengan latihan yang lasak bagi mencapai prestasi yang optima.
Komposisi Badan
Komposisi badan memainkan peranan yang amat
penting dalam menentukan kejayaan atlit. Perkara yang mustahak di sini ialah
"Fat Free Mass" dan "Fat Mass". Jisim badan mesti sesuai
dengan sukan dan bentuk badan yang ideal untuk jenis sukan adalah pelbagai.
Kepelbagaian bentuk badan adalah sesuai untuk posisi yang berbeza dalam suatu
jenis sukan umpamanya permainan ragbi mempunyai "hooker",
"prop", "forward" dan "three-quarter". Nilai
pengetahuan tentang komposisi badan adalah lebih tinggi untuk meramalkan prestasi
atlit jika dibandingkan dengan hanya sekadar mengetahui jisim dan ketinggian
atlit sahaja. Menurut Willmore dan Costill (1994) adalah lebih baik jika
jurulatih berupaya mengujudkan jisim badan piawai bagi sesuatu jenis sukan dan
hendaklah berdasarkan kepada komposisi badan . Atlit yang mengalami lebih jisim
badan akan mengalami kemerosotan prestasi. Peningkatan jisim 9Kg mengambil masa
9-12 bulan untuk dipulihkan. Ringkasnya jisim badan yang piawai adalah ciri
terbaik dan ideal tetapi sukar dipraktikkan. Oleh itu dengan hanya mempunyai
bentuk badan yang sesuai sahaja belum cukup untuk menjamin prestasi yang optima
kerana manusia sukar diramalkan tingkah lakunya.
Morfologi.
Thompson, (1966 muka surat 14)
"Morphology is
not only a study of material things, but has it dynamically aspect, under
which we deal with the interpretation of force, of the operation energy".
|
Oleh itu morfologi berkait rapat dengan
fisiologi dan biomekanik pergerakan badan manusia. Tanner (1964) merumuskan
bahawa adalah mustahil untuk atlit mencapai kejayaan jika mempunyai bentuk
badan yang tidak sesuai dengan sukan yang diceburi. Oleh itu buat masa sekarang
ahli-ahli kinanthropometry giat mengkaji bentuk badan manusia. Kinanthropometry
adalah merupakan sub-displin fisiologi dan merupakan bidang yang baru. Bidang ini
mengkaji secara kuantitatif tentang saiz, bentuk, perkadaran, komposisi dan
kematangan berkait dengan fungsi motor dan banyak digunakan untuk memilih
pemain. Perkadaran saiz mungkin sesuai untuk sesuatu jenis sukan. Sebagai
contohnya dalam sukan angkat berat, secara teorinya atlit perlu mempunyai tuas
yang lebih pendek untuk penghasilan daya. Umumnya ahli sukan angkat berat
mempunyai tuas yang lebih pendek dan ini adalah merupakan perkadaran saiz atlit
tersebut.
Morphology merujuk kepada bentuk dan struktur
badan Willmore dan Costill (1994) dan biasanya dibahagikan kepada tiga
komponen.
- Muscularity
- Linearity
- Fatness
Setiap atlit mempunyai kombinasi yang unik
dari ketiga-tiga komponen ini. Atlit dalam sukan yang tertentu akan menunjukkan
pengaruh yang kuat dari satu komponen mengatasi dua komponen yang lain. Carter
et al. (1982) merumuskan bahawa kebanyakan atlit mempunyai keseimbangan di
antara muscularity dan linearity, tetapi muscularity kebanyakanya dimonopoli
oleh atlit lelaki. Costill 1972 mendapati bahawa pelari marathon umumnya rendah
dan mempunyai jisim badan yang rendah. Walau bagaimana pun pelari pecut secara
puratanya lebih besar jika dibandingkan dengan pelari-pelari dalam acara yang
lain. Pelari pecut bertaraf dunia mempunyai ketinggian di anatara 1.57- 1.90m
dan berjisim di antara 63.4-90 Kg. Kenyataan ini menunjukkan bahawa di samping
kecergasan fizikal, morfologi atlit juga mempengaruhi prestasi atlit. Tanner
(1964) menyatakan bahawa pelari pecut lelaki secara semula jadinya mempunyai otot-otot
besar dan bukanya dihasilkan dari sistem latihan. Pelari pecut perlukan jisim
otot yang besar kerana dapat memberikan kelebihan semasa permulaan perlumbaan
dan pada fasa permulaan pecutan. Ika dan Fukunaga (1968) merumuskan bahawa
lebih banyak daya dapat dibina jika atlit mempunyai lebih banyak otot per luas
keratan rentas.
Pelari jarak sederhana biasanya mempunyai
kombinasi jisim badan ringan sederhana tinggi dan lemak badan yang rendah
(Tanner 1964, Carter 1982). Sebaliknya pelari marathon yang baik umumnya
mempunyai jisim badan yang rendah dan pendek (Costill 1972). Saiz badan, bentuk
yang khusus adalah sesuai untuk acara, sukan dan posisi yang berbeza. Walau pun
berdasarkan kepada pernyataan (Tanner 1964) yang merumuskan kepentingan
morfologi atlit namun bagi kebanyakan acara banyak faktor lain perlu juga
diambil kira.
Aktiviti (Jenis, Aras dan Posisi)
Acara sukan berpasukan, posisi pemain
memerlukan saiz badan, ketinggian dan fisiologi yang berbeza. Sebagai contohnya
"hooker" adalah merupakan pemain yang paling pendek di posisi
"forward" dalam permainan ragbi. Pemain utama dalam sukan bola
keranjang adalah merupakan pemain yang paling tinggi dan merupakan pemain yang
mempunyai kemahiran yang luar biasa. Furukawa (1974) merumuskan bahawa pemain
professional bola keranjang tidak mungkin dipilih kecuali mempunyai ketinggian
200 cm.
Aspek Fisiologi
Umumnya latihan akan meningkatkan prestasi
dan melambatkan kelesuan. Metabolisma badan perlu menyediakan tenaga yang cukup
pada keadaan yang diperlukan oleh otot yang bekerja. Oleh kerana itu faktor
yang penting adalah kebolehan atlit menggunakan tenaganya dengan cara yang
berkesan dan optima. Kebolehan atlit melambatkan kelesuan adalah disebabkan
oleh simpanan tenaga dalam badan. Tenaga input dan output boleh diringkaskan
seperti berikut:
Pengambilan Tenaga = Tenaga Yang Digunakan +-
Tenaga Disimpan.
Nagle dan Basset (1984) merumuskan bahawa
prestasi pelari marathon adalah bergantung kepada aspek fisiologi. Atlit yang
mempunyai fisiologi yang tinggi sesuai dengan keperluan acara akan muncul
sebagai pemenang. Sebagai contohnya dalam larian jarak jauh kelajuan dan
intensiti dipengaruhi oleh tahap ambang "lactate". Menurut McArdle et
al. (1996) lorong utama penghasilan ATP berbeza dan bergantung keada intensiti
dan jangkamasa senaman (lihat jadual 1). Semasa senaman yang dijalankan dalam
jangka masa yang singkat dan mempunyai intensisti yang tinggi berintensiti
tinggi tenaga yang diperlukan diperolehi melalui simpanan ATP-CP dalam otot.
Bagi acara yang lebih lama (1-2 minit), tenaga dihasilkan adalah melalui
glikolisis. Apabila senaman berlaku melebihi beberapa minit, sistem aerobik
menjadi dominan dan pengambilan oksijen menjadi semakin penting sebagaimana
ditunjukkan pada jadual 1. Oleh itu jurulatih yang mengetahui penggunaan sistem
tenaga akan merangka program berdasarkan kepada sistem tenaga yang dominan
khusus untuk sukannya.
Aktiviti boleh dikelaskan dalam bentuk
pengkhususan dan juga pemindahan tenaga dominan yang terlibat. Program latihan
yang berkesan akan menyediakan ruang masa yang sesuai untuk tenaga khusus yang
terlibat dalam aktiviti. Sistem latihan sekarang menggunakan aktiviti fizikal
yang sederhana diikuti denagna latihan anaerobik (pemulihan aktif) dan ini
meningkatkan pemulihan berbanding dengan kaedah pasif. Pemulihan aktif akan
mengakibatkan pembuangan "blood lactate" dengan lebih berkesan.
Untuk mengekalkan kecergasan, atlit perlu
menyediakan dirinya melalui program suaian. Kaedah suaian fizikal yang
didasarkan kepada beberapa prinsip latihan akan menghasilkan peningkatan yang
optima. Mengikut Willmore dan Costill (1994), prinsip-prinsip berikut adalah
sangat penting:-
i) prinsip tambah beban.
ii) pengkhususan senaman.
iii) kebolehbalikan
iv) perbezaan individu.
Di samping prinsip di atas, terdapat beberapa
faktor yang boleh memberi kesan ke atas peningkatan latihan (McArdle et al.
1996).
i) tahap kecergasan awal.
ii) frekuensi latihan
iii) intensiti latihan
Jadual 1. " An estimate of the %
contribution of different fuels to ATP generations in Various running events.
% Contribution to ATP
Generation
|
|||||
Glycogen
|
|||||
Creatine
|
Anaerobic
|
Aerobic
|
Blood Glucose
|
Triglyceride
|
|
Phosphate
|
(Liver Glycogen)
|
(Fatty Acids)
|
|||
100M
|
50
|
0
|
-
|
-
|
-
|
200M
|
25
|
65
|
10
|
-
|
-
|
400M
|
12.5
|
62.5
|
25
|
-
|
-
|
800M
|
6
|
50
|
44
|
-
|
-
|
1500M
|
@
|
25
|
75
|
-
|
-
|
5000M
|
@
|
12.5
|
87.5
|
-
|
-
|
10000M
|
@
|
3
|
97
|
-
|
-
|
Marathon
|
-
|
-
|
75
|
5
|
20
|
Ultra Marathon
(80km)
|
-
|
-
|
35
|
5
|
60
|
24-hour race
|
-
|
-
|
10
|
2
|
88
|
Soccer game
|
10
|
70
|
20
|
-
|
-
|
@ In such events craetine phosphate will be
used for the first few seconds and, if it has been resynthesized during the
race, in the sprint to the final.
(McArdle et al. 1996 p.130)
Namun begitu intensiti latihan paling
mustahak dan ianya boleh dipraktikkan dan akan lebih menguntungkan dengan cara
mengambil kira peratus tindak balas kadar nadi maksima. Aras latihan yang
berkisar di antara 70-90% dari kadar nadi maksima adalah lebih diperlukan untuk
menghasilkan perbezaan dari segi kecergasan aerobik. Jangka masa senaman di
antara 30 minit/sesi dan frekuensi minimum sebanyak tiga kali seminggu adalah
sesuai dan memadai.
Latihan anaerobik meningkatkan aras penolakan
dan kunci enzim glycolitic. Aktiviti jenis ini biasanya diikuti dengan senaman
ynag berintesiti tinggi. Asid laktik merupakan hasil akhir anerobik glycolisis.
Tindakbalas "lactate" darah dengan senaman dapat meramalkan dengan
tepat prestasi daya tahan atlit dan telah dicadangkan sebagai kriteria
pengukuran untuk daya tahan (Weltmen 1995). Ianya telah dihipotesiskan sebagai lebih
baik dari VO2 max. semasa membuat prekripsi senaman. "Lactate" darah
memberi kesan ke atas senaman merangkumi adaptasi peripheral bagi otot-otot
yang khusus. Tindakbalas "lactate" darah lebih sensitif untuk
menganggarkan keupayaan daya tahan. VO2 max pula terbatas pada pengaliran
berpusat maka adalah tidak tepat untuk menggunakan indikator ini sebagai
ramalan prestasi daya tahan. Ini akan menunjukkan senaman yang meningkatkan
tindakbalas "lactate" darah adalah jenis senaman yang diperlukan
untuk meningkatkan prestasi daya tahan. Latihan anaerobik akan meningkatkan
prestasi anaerobik tetapi sebaliknya keputusan peningkatan adalah lebih kepada
perolehan kekuatan dari peningkatan fungsi sistem anaerobik. dengan ini latihan
anaerobik meningkatkan keberkesanan pergerakan.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas,
atlit yang mempunyai kelebihan dari segi fisiologi di samping pembawaan genetik
genetik akan mempunyai beberapa kelebihan untuk muncul sebagai juara. Walau
bagaimanapun faktor ini bukanlah penentu segalanya bagi sukan berpasukan dan
sukan-sukan yang banyak melibatkan kemahiran terbuka.
Aspek Berkaitan Prestasi
Walau pun kekuatan mutlak adalah komponen
yang penting dalam prestasi, kuasa mungkin lebih penting dalam kebanyakan
aktiviti Willmore dan Costill (1994).
Kuasa = Daya(Newton)XJarak (m)/masa (t)
Berdasarkan formula di atas, kuasa adalah
fungsi aplikasi kekuatan dan kelajuan. Ia adalah merupakan kunci komponen
kepada prestasi atlit olahraga. Jelas sekali komponen ini berasal dari aspek
fisiologi. Kelembutan yang baik dapat menghindarkan atlit dari mengalami
kecederaan yang serius. Atlit yang mempunyai kelembutan yang baik dapat
menghasilkan daya yang lebih besar kerana peningkatan julat pergerakan.
Peningkatan komponen ini dihasilkan melalui latihan yang berterusan sepanjang
tahun dan boleh berkurang dengan cepat semasa tidak aktif.
Hasil latihan biasanya mengujudkan kekuatan,
kuasa, daya tahan otot, kelembutan dan kardiovaskular tetapi kurang peningkatan
dari segi kelajuan dan ketangkasan (Willmore dan Costill 1994). Dalam olahraga
banyak masa dihabiskan untuk mengembangkan kualiti prestasi lebih dari kelajuan
dan ketangkasan tetapi sukan lain memberi lebih penumpuan kepada komponen ini.
Kualiti yang diperlukan adalah berbeza dan bergantung kepada keperluan
peningkatan dan jenis sukan serta posisi pemain. Kehilangan kelajuan dan
ketangkasan yang berlaku semasa keadaan tidak aktif dapat dipulihkan melalui
latihan. Namun begitu peningkatan hanyalah dalam kuantiti yang sedikit.
Atlit bertaraf dunia biasanya mempunyai
koordinasi yang baik. Koordinasi bukan merupakan faktor yang penting bag sukan
yang bergantung kepada faktor fisiologi. Ianya menjadi bertambah penting
apabila kita membandingkan "novice" dan atlit berpengalaman bagi
sukan yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi seperti larian berpagar,
acara-cara lompatan dan lontaran. Koordinasi merupakann faktor penentu jika
atlit mempunyai kekuatan yang sama.
Keseimbangan pula penting bagi atlit-atlit
gimnastik dan atlit-atlit yang melibatkan diri dalam acara-acara kemahiran
seperti melompat dan melontar. Dalam acara larian pecut pula, pemenang biasaya
ditentukan dalam perbezaan masa yang amat singkat. Oleh itu atlit yang
mempunyai masa tindak balas yang baik mempunyai kelebihan untuk mucul sebagai
pemenang. Sekiranya atlit mempunyai kecergasan fizikal yang berkaitan dengan
prestasi motor pada tahap terbaik maka ia akan mempunyai banyak kelebihan untuk
muncul sebagai juara berbanding dengan mereka yang mengabaikanya.
Prestasi Atlit.
Berdasarkan perbincangan pada perenggan
sebelum ini, jelaslah kecergasan fizikal akan meningkatkan prestasi atlit.
Sebenarnya terdapat banyak aspek lain yang turut membantu dalam penngkatan
prestasi atlit seperti ditunjukkan dalam rajah 2 (A SystemModel of Athletic
Performance). Sebagai contohya kita lihat faktor pemakanan tidak boleh
disangsikan kepentinganya dalam meningkatkan prestasi. Kebanyakan kes yang
melibatkan kemerosotan prestasi adalah akibat dari kelemahan program pemakanan.
Oleh kerana itu atlit perlu mengambil kira penggunaan pemakanan optima dalam
program latihan mereka. Optima diet didefinisikan sebagai makan atau minum yang
dapat memberikan semua keperluan nutrient mencukupi untuk pemeliharaan tisu,
pemulihan dan perkembangan tanpa berlebihan (McArdle et al. 1996). Terdapat
banyak cadangan jenis makanan yang boleh menyediakan keperluan nutrient untuk
pemeliharaan tisu, pemulihan dan perkembangan. Badan atlit hendaklah ditala
dengan begitu rapi akibat latihan yang berterusan. Bagi mencapai hasrat ini,
atlit perlu memberi perhatian terhadap pemakanan yang sempurna, tidur dan rehat
yang cukup.
Dewasa ini banyak terdapat bahan makanan
berbentuk cecair dijual secara komersil. bahan ini menawarkan pendekatan yang
praktik terhadap makanan sebelum pertandingan dan mengandungi banyak sumber
pembekal tenaga. Makanan ini disarankan kerana mempunyai nilai kalori seimbang
dan membantu proses penyerapan dengan cepat dan tidak meninggalkan sisa pada
saluran penghadaman. Makanan sebelum pertandingan sepatutnya sedia dihadam dan
memberikan tenaga yang diperlukan untuk senaman. Oleh itu makanan ini
sepatutnya tinggi nilai karbohaiderat dan rendah dari segi kandungan lemak dan
protin. Masa 2-3 jam adalah jangkasama yang sesuai untuk membenarkan
penghadaman dan penyerapan berlaku.
Kesimpulan.
Sebenarnya kita tidak boleh bergantung
sepenuhnya kepda kecergasan fizikal sahaja kerana terdapat banyak faktor lain
yang terlibat dalam pembentukan seorang atlit yang berjaya. Pada kebaisanya
atlit yang berlatih dan bersedia dengan rapi akan berjaya. Atlit mestilah
secara sukarela menerima persaingan kerana pencapaian dalam sukan adalah hasil
hasil dari pernyataan kebebasan personel. Faktor sosial, politik, identifikasi
personel dan tindakbalas personel adalah faktor penting dalam menentukan perlakuan
manusia (Hans Lenk 1984). Atlit bertaraf dunia biasanya merupakan mereka yang
sukakan persaingan dan insan yang aktif. Oleh itu sukan membawa kepada peluang
yang penting kepada individu yang sukakan aktiviti yang mencabar. Oleh kerana
itu sukan membawa kepada peluang yang penting kepda individu yang sukakan
aktiviti mencabar. Akhirnya atlit perlu mempunyai disiplin diri dan falsafah di
samping kecergasan fizikal untuk muncul sebagai juara.
http://staff.umt.edu.my/~razali/kecergasan%20fizikal%20dan%20prestasi.htm
No comments:
Post a Comment