Definisi
Pembelajaran
Pembelajaran ialah satu proses yang
melibatkan segala perubahan atau modifikasi tingkah laku akibat dari pengalaman
yang berulang, latihan atau interaksi dengan persekitaran. Perubahan ini
hendaklah berlaku dalam masa yang agak lama, tekal dan kekal.
Pembelajaranialah perubahan tingkah
laku berdasarkan pengalaman yang
berulang. Pembelajaran yang didapati boleh
jadi baik atau tidak baik.
(Vernon
1980)
Pembelajaran merujuk kepada perubahan
tingkah laku
hasil daripada latihan dan interaksi dengan persekitaran.
hasil daripada latihan dan interaksi dengan persekitaran.
(Lingrend 1971)
Pembelajaran ialah proses yang berlaku
dalam diri organisma yang menghasilkan perubahan tingkah laku secara tekal dan
juga menghasilkan pengalaman.
Teori
–teori Pembelajaran
Teori-teori pembelajaran membawa andaian bahawa teori bermakna satu set
prinsip yang berinteraksi, terjalin atau saling bergantung dan bertujuan
menjelaskan berbagai-bagai-bagai pemerhatian dan fakta. Biasanya teori-teori
akan mempunyai beberapa andaian yang kemudiannya akan diuji dengan
eksperimentasi. Apabila eksperimen menghasilkan dapatanyang menyokong , maka
andaian yang terbabit dalam usaha membuat dedukasi sebelum eksperimen
dimulakan, akan dapat dijustifikasikan.
Teori
Pembelajaran Behavioris
Teori
pembelajaran Behavioris merupakan salah satu daripada pembelajaran. Teori
pembelajaran adalah sebati dengan disiplin psikologikal. Pembelajaran adalah
satu proses psikilogikal asas. Teori Behavioris adalah teori yang membicarakan
bagaimana manusia dan haiwan belajar.
1. John Broudus Watson (1878-1958)
Watson
merupakan pengasas teori pembelajaran Behaviorisme. Watson dan Rayner telah
menunjukkan seekor tikus putih, monyet, dan beberapa topeng Santa Claus kepada
Little Albert (9 bulan). Alberts berasa selesa dan tidak terganggu.Semasa
Albert berumur 11 bulan sekali lagi dia telah ditunjukkan tikus putih. Dia
sekali lagi telah menunjukkan reaksi yang sama iaitu, berasa selesa dan tidak
terganggu.
Aktiviti yang sama telah diulang dan
diikuti dengan bunyi kuat sebatang paip besi yang dipukul ke lantai. Kali ini
Albert berasa takut lalu dia menangis.Aktiviti tadi diulang beberapa kali
selama tujuh minggu. Albert kelihatan takut ditunjukkan dengan cara menangis.
Apabila dia ditunjukkan tikus putih tanpa diikuti bunyi kuat dia masih kelihatan
takut.Albert telah mengaitkan apa saja yang berwarna putih dan berbulu dengan
bunyi kuat.
Pemerhatian selama sepuluh hari, didapati rasa takut Albert berkurangan.
Albert telah mengaitkan tikus putih (rangsangan asal) yang neutral, telah
menjadi rangsangan terlazim dengan bunyi kuat (rangsangan tidak terlazim).
Isu
Yang Timbul
1.Albert terlalu muda
untuk dijadikan sasaran eksperimen.
2. Ibu Albert tidak dimaklumkan
tentang eksperimen yang telah dijalankan terhadap anaknya.
3. Dalam seting makmal,
adalah tidak beretika penyelidik menghasilkan gerak balas rasa takut.
4. Kedua-dua penyelidik
tidak menjalankan desintasasi bersistematik ke atas Albert.
2.
Ivan Petrovich Pavlov 1849-1936
Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan perubatan yang berasal
dari Rusia. Pavlov telah membuat kajian tentang
Kajian beliau adalah rangsangan
yang bukan sukarela. Pavlov telah memberi makanan(RTT) kepada anjing. Beliau
mendapati air liur anjing meleleh. Kemudian beliau telah memberi makanan (RTT)
kepada anjing didahului dengan bunyi loceng(RN). Beliau sekali lagi mendapati
air liur anjing meleleh. Aktiviti ini diulang beberapa kali. Akhir sekali
beliau hanya membunyikan loceng, didapati air liur anjing meleleh.
Anjing tersebut telah mengaitkan
bunyi loceng(RN) dan makanan (RTT)
bertukar menjadi Rangsangan Terlazim yang menghasilkan Gerakbalas Terlazim
iaitu air liur anjing berkenaan.
Ringkasan
Teori Pelaziman Pavlov
- Setiap rangsangan menghasilkan gerak balas
- Pembelajaran berlaku akibat rangsangan gerak balas.
- Bunyi loceng boleh menyebabkan gerak balas terlazim.
Konsep-konsep
Yang diperkenalkan.
- Penghapusan – Gerak balas terlazim dihentikan.
- Pembelajaran semula- Gerak balas terlazim yang dihentikan dilakukan semula.
- Pemulihan serta-merta- Gerak balas terlazim dilakukan semula serta-merta.
- Generalisasi- Menyamakan rangsangan terlazim dengan rangsangan lain yang hampir sama.
- Diskriminasi- Tingkahlaku yang membezakan antara rangsangan terlazim.
Penggunaan
Teori Pavlov Dalam Bilik Darjah
- Disiplin- bunyi loceng-beratur
- Ganjaran- Pujian
- Latihan- Latihan dalam pembelajaran
- Generalisasi.
- Diskriminasi
- Pemulihan
- Serta-merta
3.
Edward Lee Thorndike 1874-1949
Edward Lee Thorndike merupakan ahli psikologi pendidikan yang banyak
menyumbangkan kepada bidang pembelajaran, pengajaran dan pengujian mental.
Beliau telah mereka bentuk kotak ajaib di mana kucing dan anjing menyelesaikan
masalah. Teori beliau adalah Teori Connectionisme yang menjadi asas ilmu pendidikan.
Beliau
meletakkan seekor kucing lapar di dalam kotak ajaib. Pemerhatian yang dibuat
mendapati bahawa kucing itu cuba
melepaskan diri untuk mendapatkan makanan. Beliau telah menyediakan satu graf
yang menunjukkan masa kucing melepaskan diri semakin singkat. Walaupun begitu
ia tidak meningkat secara mendadak.
Rangsangan gerak balas diikuti dengan keseronokan akan kekal. Manakala gerakbalas
yang diikuti dengan
kesakitan akan hilang.
Generalisasi
- Memperkenalkan pembelajaran cuba jaya
- Eksperimen tentang kucing dan selak.
- Mengemukakan tiga hukum::
i). Hukum kesediaan
ii). Hukum latihan.
iii). Hukum kesan (kesan
yang menyeronokkan)
Penggunaan
Teori Thorndike Dalam Bilik Darjah
- Rangsangan-BBM
- Cuba jaya-Murid tidak perlu diajar.
- Kesediaan murid- hukum kesediaan.
- Pembelajaran yang menyeronokkan.
- Penyesuaian aras kesukaran.
Hukum
kesediaan Thorndike
- Apabila seseorang telah sedia untuk belajar, jika diajar boleh menimbulkan kepuasan.
- Apabila seseorang itu telah sedia untuk belajar, tetapi tidak ajar, ini akan menimbulkan dukacita dan kehampaan.
- Apabila seseorang itu tidak sedia untuk belajar, tetapi dipaksa belajar, akan menimbulkan dukacita dan kehampaan.
Jenis-jenis
Kesediaan Belajar
- Kesediaan Kognitif
a. Memahami
b. Berfikir
c. Menaakul
d. Mengingat
- Kesediaan Afektif
- Emosi
- Sikap
- Minat
- Psikomotor
- Tingkahlaku
- Pertuturan
- Anggota badan
- Deria
Kesimpulan
Manusia dan haiwan belajar melalui cuba jaya. ganjaran dan dendam.Setiap rangsangan yang diikuti oleh
ganjaran akan menyebabkan tingkalaku berkenaan berulang manakala tingkahlaku
yang tidak diikuti dengan ganjaran akan terhapus secara perlahan-lahan.
Soalan Latihan
- Apakah yang akan berlaku jika Albert tidak ditunjukkan sebarang objek ?
- Apa reaksi Albert semasa ditunjukkan tikus putih buat kali pertama ?
- Apa gerak balas yang berlaku semasa Albert ditunjukkan tikus putih diikuti dengan bunyi kuat ?
- Pavlov berasal dari negara mana ?
- Apa yang berlaku semasa anjing ditunjukkan makanan ?
- Aktiviti di atas diulangi diikuti dengan bunyi loceng, apa gerak balas yang terhasil?
- Mengapa kucing berkenaan cuba melepaskan diri ?
- Jika kucing berkenaan diberi makanan sehingga kenyang, apakah kemungkinan yang akan berlaku ?
- Cuba nyatakan penggunaan teori Thorndike dalam bilik darjah?
- Nyatakan konsep yang diperkenalkan oleh Pavlov?
Jawapan
- .Mungkin ada percubaan, tetapi tidak segigih semasa ia lapar.
- Tiada apa-apa reaksi.
- Dia berasa selesa.
- Dia ketakutan lalu menangis
- Rusia
- Air liurnya akan meleleh.
- Air liurnya akan meleleh.
- Kucing cuba melepaskan diri kerana cuba mendapatkan makanan
- BBM, cuba jaya, kesediaan murid, pelajaran yang meneronokkan dan penyesuaian aras kesukaran.
- Penghapusan,pembelajaran semula,pemulihanserta-merta generalisasi dan diskriminasi
No comments:
Post a Comment