Friday, 5 August 2011

KSSR

LATAR BELAKANG
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan
 
Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada:
  • Pembangunan modal insan
  • Penghasilan pelajar celik minda
  • Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat 
  • Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab
Teras ke-2 PIPP 
DasarMembangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni

Matlamat
Memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai

FOKUS KURIKULUM
Tahap 2
pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiranasasTMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai

Tahap 1
penguasaan kemahiran 3M dan menaakul, kemahiran asasTMK, perkembanganso sioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap, dan nilai

Pra sekolah

perkembangansosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaankesekolahrendahsertapendedahan kemahiran 3M dan menaakul

EMK
Elemen Kreativitidan Inovatif
Elemen Keusahawanan
Elemen (TMK)

RASIONAL
  • Kemahiran abad ke-21
  • Pembangunan Negara: Perspektif Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Perindustrian.
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi…mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui (TunMahathir).
  • Model Ekonomi Baru (MEB)

-Antaraciri-ciri Malaysia pada tahun 2020 dalam MEB ialah
  • Keusahawanan dan Inovatif
-mewujudkan mekanisme untuk membantu kumpulan 40% terendah menggunakan naluri keusahawanan bagi memula dan mengembangkan perniagaan
  • Dasar Utama TMK KPM menyatakan bahawa TMK sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Standard Kandungan
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahuidan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Standard Pembelajaran
Satupenetapankriteriaatauindikatorkualitipembelajarandanpencapaianyang bolehdiukurbagisetiapstandard kandungan.

Mengapa Standard
  • Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan•
  • Penetapani lmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukurdengan jelas•
  • Mengenalpasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)•
  • Mengatasi masalahmuri dkeciciran dalam pembelajaran•
  • Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
BAHAN KURIKULUM
1. .Dokumen Kurikulum
  • Standard Kandungan
  • Standard Pembelajaran
2. .BukuTeks
•Berpendekatan Modular

Pentaksiran P&P
  • Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
  • Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
  • Bersifat autentik dan holistik
KESIMPULAN

  • Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21;
  • Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan
  • Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

Wednesday, 3 August 2011

GAYA PERMULAAN LARI PECUT

GAYA PERMULAAN LARI PECUT


Ada 3 jenis

  1. Gaya Peluru
  2. Gaya Sederhana
  3. Gaya Panjang

Perlakuan

*      Rendahkan badan

*      Melutut, kedua2 kaki di belakang

*      Sebelah lutut di atas tanah

*      Sebelah lagi di hadapan

*      Kedua2 tangan menyentuh tanah

*      Buat penyesuaian


Faktor2 Yg Mempengaruhi

  1. Saiz badan peserta.
  2. Masa tindak balas peserta
  3. Kekuatan kaki peserta
  4. Kecekapan kordinasi

MENGGUNAKAN BLOK

  1. Jarak blok dari garisan, beri keselesaan
  2. Jarak blok dari garisan (30- 48cm)
  3. Jarak antara depan & belakang ikut kesesuaian
  4. Lakukan beberapa percubaan utk cari kesesuaian
  5. Tentukan kaki yang melangkah dahulu
  6. Pastikan blok dipasang dgn kuat

 SITUASI KE GARISAN
  1. Blok berada di bawah kedua2 kaki
  2. Dekam dan letak kaki pada blok
  3. Letak tangan di belakang garis mula
  4. Tangan seluas bahu
  5. Sesuaikan kedudukan badan

 KEADAAN SEDIA

  1. Tinggikan sedikit bhg pinggang dr bahu
  2. Luruskan tangan, gerakan bahu ke hadapan
  3. Tekankan kedua2 belah kaki pada blok

BERLEPAS DARI BLOK

  1. Gerak lurus ke hadapan
  2. Badan rendah dr 20m- 30m
  3. Jarak langkah sederhana
  4. Tolak dgn kaki hadapan
  5. Hayun tangan
Rujukan

 Teng Boon Tong (1989), Panduan Pengajaran Olahraga, Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Resepi Aduh Sedapnya

 SUP EKOR
Bahan-bahan:

125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu - guna 1kg tulang lembu
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - hanis lebihkan skit lagi air
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam,
lada hitam yg baru dikisar - terlupa letak
daun ketumbar - dihiris2
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2 - ketuk ja, tak hiris pun
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan - haniss tumis tulang sehingga kering airnya.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Tuesday, 2 August 2011

Aktiviti Fizikal


Definisi
Aktiviti fizikal bermaksud semua pergerakan tubuh badan yang menggunakan tenaga. Ini termasuk semua pergerakan badan seperti duduk, bangun, berjalan, berlari, melompat, mendaki dan lain-lain aktiviti rekreasi
        
Kebaikan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal boleh meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem edaran darah. Ia juga meningkatkan kecekapan pergerakan dan fleksibeliti badan. Memperbaiki tonus dan postur tubuh badan. Menambah kekuatan dan daya tahan otot. Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara berterusan akan meningkatkan sistem fisiologi tubuh badan. Keupayaan respiratori akan meningkat di samping itu juga tahap kekuatan otot, kuasa, kecergasan, ketangkasan dan kordinasi akan bertambah baik. Lima kunci kepada melakukan aktiviti fizikal ialah:

1.Tiada Istilah Terlewat
          Dalam melakukan aktiviti fizikal tiada istilah terlewat atau terlambat. Jika sebelumnya tidak pernah melakukan aktiviti fizikal boleh bermula dari sekarang. Aktiviti fizikal hendaklah bersesuaian dengan keupayaan individu. Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang terlalu membebankan dan boleh mendatangkan kecederaan. Aktiviti seperti berjalan pantas pun sudah memadai asalkan dilakukan secara berterusan. Kurangkan aktiviti seperti menonton televisyen dan bermain komputer yang hanya melibatkan duduk yang tidak bermanafaat kepada kesihatan tubuh badan.

          Aktiviti fizikal perlu dilakukan mengikut kemampuan individu itu sendiri. Aktiviti fizikal untuk kesihatan bukan semestinya bersukan atau berjoging, tetapi ia adalah lebih luas dan mempunyai banyak pilihan. Individu yang tidak berupaya untuk bersukan boleh memilih aktiviti seperti berjalan, berkebun, mencabut rumput, menyapu sampah, melakukan kerja rumah dan sebagainya. Itulah sebabnya dikatakan bahawa tiada istilah terlewat dalam melakukan aktiviti fizikal kerana aktiviti fizikal tidak terbatas asalkan yang melibatkan pergerakan dan dilakukan secara berkala serta mengikut kemampuan diri ianya pasti akan mendatangkan kesan positif terhadap kesihatan tubuh kita.

 2.Kekerapan Aktiviti
           Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan secara berkala iaitu sekurang-kurangnya 30 minit setiap aktiviti sebanyak tiga kali seminggu. Aktiviti fizikal haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.

          Kekerapan aktiviti akan membolehkan kita melihat kesan senaman terhadap diri seseorang. Kekerapan senaman akan membantu meningkatkan kecergasan fizikal dan kardiovaskular seseorang. Individu yang cergas akan lebih berkeyakinan dalam melakukan tugasan yang diberikan. Kecergasan juga membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu kerja tanpa rasa letih dalam tempoh yang lama. Ini membolehkan peningkatan produktiviti dan mutu kerja.

3.Tempoh Masa
          Tempoh masa sesuatu aktiviti fizikal juga adalah amat penting. Sesuatu aktiviti fizikal perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit bagi setiap aktiviti bagi mendapat hasil yang optimum. Jadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Buatlah janji temu dengan rakan untuk melakukan aktiviti fizikal bersama-sama bagi mengelakkan kebosanan. Tempoh masa yang terlalu lama mungkin akan mendatangkan kecederaan manakala tempoh masa yang terlalu pendek tidak mendatangkan apa-apa kesan positif.

          Tempoh masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

4.Aktiviti Kegemaran
          Adalah lebih bermanfaat jika kita dapat melakukan aktiviti fizikal yang digemari seperti bermain badminton dan bola sepak. Walau bagaimanapun bukan permainan sahaja yang boleh ditakrifkan sebagai aktiviti fizikal. Aktiviti berkebun juga boleh digolongkan sebagai aktiviti fizikal. Aktiviti tersebut bukan sahaja memberi faedah kepada kesihatan fizikal  tetapi juga dari aspek lain seperti keceriaan, ekonomi dan sebagainya. Aktiviti yang digemari tidak akan membebankan seseorang itu untuk melakukannya berbanding aktiviti yang tidak digemari. Aktiviti kegemaran akan memungkinkan aktiviti tersebut akan dapat dilakukan lebih kerap ataupun berterusan.

5.Beri Galakkan Kepada Remaja Lakukan Aktiviti Fizikal
          Para remaja perlu diberi galakkan melakukan aktiviti fizikal. Ibu bapa perlu memberi galakkan sejak mereka kecil lagi. Kemudahan bagi para remaja beriadah perlu disediakan agar mereka lebih bermotivasi melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah amat penting kerana budaya hidup remaja sekarang adalah lebih kepada cyber café dan komputer yang tidak melibatkan pergerakan fizikal. Pihak-pihak tertentu seperti NGO dan badan sukarela yang lain boleh menganjurkan pertandingan sukan agar remaja lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal yang dilakukan atau menjadi rutin sejak zaman remaja akan dibawa apabila mereka berusia kelak. Ini akan menjadikan mereka lebih sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental kerana aktiviti telah menjadi sebahagian budaya hidup mereka.

          Pelancaran larian 1Murid 1 Sukan yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini merupakan salah satu langkah Kementerian Pelajaran untuk memberi galakkan kepada kanak-kanak, remaja dan semua lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Kalau 20 tahun lalu padang bola sepak, gelanggang sepaktakraw dan gelanggang lain selalu dipenuhi oleh golongan remaja untuk bermain. Senario berkenaan sudah agak berkurangan pada masa sekarang. Itulah sebabnya konsep 1Murid 1Sukan diperkenalkan untuk melahirkan masyarakat
yang lebih sihat dari segi jasmani, rohani, mental dan intelek selaras dengan falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang.

Lima Kunci Diet Yang Sihat


Definisi
          Menurut Hill, Oliver dan Rogers (1992) diet merupakan pemakanan yang sesuai bagi mengurangkan bahagian yang tidak diingini dari badan mereka, menjadikan mereka lebih ramping, sepatutnya dan lebih sihat. Nutrien yang diambil perlu mengikut hiraki keperluan makanan seperti Karbohidrat, Vitamin, Protein dan lemak. Nutrien adalah bahan kimia yang penting dalam makanan untuk kegunaan tubuh badan manusia.
Listen
Read phonetically

1.Penyusuan Bayi
          Bayi hendaklah diberi susu yang secukupnya terutamanya dalam tempoh usia 0 hingga 6 bulan. Ini adalah kerana susu ibu mempunyai nutrien yang lengkap yang diperlukan oleh seorang bayi. Susu perlu diberi kepada bayi pada bila-bila masa selagi bayi tersebut berkehendakannya. Pemberian susu ibu pada peringkat awal akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan bayi tersebut.


          Keperluan kalori bayi adalah sedikit berbanding orang dewasa. Walau bagaimanapun bayi juga memerlukan nutrien yang mencukupi untuk kekal sihat. Keperluan makanan adalah berbeza kerana bayi mempunyai sistem penghadaman yang lebih kecil. Oleh itu nutrien terbaik untuk bayi adalah susu terutamanya susu ibu.

2.Makan Pelbagai Jenis Makanan
          Kita digalakkan makan pelbagai jenis makanan secara seimbang dan terkawal. Pengambilan makanan seimbang adalah amat penting untuk memastikan kita kekal sihat. Kita digalakkan makan makanan yang mengandungi karbohidrat dalam kuantiti yang banyak tapi terkawal. Makanan jenis ini akan memberi tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti seharian. Kurangkan sedikit pengambilannya jika aktiviti seharian kita kurang menggunakan tenaga seperti bekerja di pejabat. Bagi makanan yang mengandungi zat protein pula hendaklah diambil dalam kuantiti yang sederhana.

          Makanan jenis ini membantu tumbesaran bagi kanak-kanak serta pembinaan otot. Makanan yang mengandungi vitamin dan berserat boleh diambil untuk membekalkan vitamin kepada tubuh dan melawaskan sistem perkumuhan. Makanan yang berlemak hendaklah diambil dalam jumlah yang sedikit. Pengambilan lemak yang berlebihan akan memudaratkan tubuh badan. Pengetahuan tentang piramid makanan adalah penting untuk penyediaan makanan seharian kita. Pengambilan pelbagai jenis makanan juga boleh memberi pilihan dan mengelakkan kebosanan tetapi pengambilannya hendaklah seimbang dan sesuai dengan gaya hidup kita.

          Makanan memberi kita tenaga dan zat-zat lain yang diperlukan untuk pertumbuhan, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Tidak ada satu makanan pun yang mampu membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Cara terbaik adalah makan pelbagai jenis makanan. Kepelbagaian boleh dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan. Prinsip kesederhanaan perlu diutamakan untuk mengelakkan terlalu banyak makan dari sejenis kumpulan makanan.

 3.Banyakkan Makan Sayur dan Buah-buahan
          Kita digalakkan makan sayur dan buah-buahan dalam  kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 400g sehari. Sayuran dan buahan boleh dijadikan snek bagi menggantikan snek yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Sayuran tidak boleh dimasak terlalu lama kerana akan menyebabkan kemusnahan vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh yang terdapat dalam sayuran tersebut. Sayuran atau buahan yang ditinkan boleh diambil tetapi pilih daripada yang tidak ditambah gula dan garam serta bahan pengawet.

          Kebaikan makan sayur tidak terhingga banyaknya. Antaranya ialah ia rendah lemak, kalori dan nutrien serta tidak mengandungi kolesterol. Selain itu, sayur-sayuran juga mempunyai vitamin, mineral, serat dan bahan bio aktif. Setiap jenis sayuran mempunyai pakej nutrien yang tersendiri. Maka setiap jenis sayur berbeza dari segi jumlah nutrien yang dibekalkan. Vitamin dan mineral dalam sayuran membantu dalam tumbesaran dan perkembangan serta membantu menjaga kesihatan secara keseluruhannya. Jika kita kekurangan vitamin kita akan mudah diserang penyakit. Serat yang terdapat dalam sayuran membantu membina sistem penghadaman yang sihat dan sembelit di kalangan kanak-kanak.

4.Makanan berlemak dan berminyak dalam kadar yang sederhana
          Makanan yang berlemak dan berminyak hendaklah diambil dalam kadar yang sederhana. Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak memerlukan gaya hidup yang aktif. Bagi bukan atlet pengambilan apa jua jenis makanan hendaklah seimbang atau dalam kadar yang sederhana. Gunakan minyak sayuran seperti minyak zaitun, soya bunga matahari dan jagung. Penggunaan lemak haiwan dan lemak tepu hendaklah dielakkan seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit. Pilih daging putih seperti ayam dan ikan yang secara amnya rendah lemak berbanding daging merah. Pengambilan daging atau makanan yang diproses yang mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi hendaklah dielakkan. Makanan yang diproses dan diberikan perasa tiruan iaitu MSG hendaklah dielakkan.        

          Lemak bukan sahaja membekalkan sumber tenaga, tetapi pada masa yang sama memberi rasa kepada makanan kita. Bagaimanapun pengambilan makanan berlemak yang tidak terkawal akan menyebabkan masalah kesihatan. Lemak bukanlah pembekal bahan bakar yang baik. Tetapi merupakan sumber tenaga untuk fungsi seharian.


5.Pengambilan Gula dan Garam
          Pengambilan gula dan garam dalam makanan hendaklah dikurangkan atau dalam kadar yang perlu sahaja. Gula memudaratkan kesihatan. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Sir Frederick Banting (1929), individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu di Panama. Pengambilan gula yang berlebihan menjadi salah satu faktor penyakit diabetis.
          WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.  Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III (2006) mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Prevalens diabetes juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III). Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser. Gula juga adalah penyebab utama karies gigi (dental caries).

           Begitu juga dengan pengambilan garam yang berlebihan menjadi salah satu punca penyakit tekanan darah tinggi. Garam merupakan elektrolit yang penting yang membatu mengawal tekanan darah. Sikap sederhana perlu ada dalam diri semua individu kerana sikap ini akan membantu kita sentiasa dalam keadaan sihat dari fizikal dan mental. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit pada masa kini adalah berpunca dari pengambilan makanan yang tidak terkawal. Garam merupakan nutrien penting kepada tubuh manusia.. Ia berfungsi di dalam keseimbangan cecair tubuh, tekanan osmotik, keseimbangan asid-bes serta aktiviti elektrofisiologi otot dan sistem saraf

          Garam merupakan bahan yang diperlukan di dalam diet dan fungsinya di dalam tubuh adalah penting. Natrium klorida adalah bahan kimia yang diberikan untuk garam biasa dan merupakan elemen yang berpotensi untuk memudaratkan kesihatan jika diambil terlalu banyak. Fungsi utama nutrien di dalam tubuh adalah untuk mengekalkan keseimbangan cecair tubuh terutamanya untuk keseimbangan osmosis dan pergerakan cecair sel (Stare dan McWilliams, 1990; Gibson et al. 2000).

Lima Kunci Makanan Yang Selamat

Definisi
          Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran. Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan. Oleh hal yang demikian kebersihan  sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan adalah amat penting diberi perhatian. Lima kunci makanan yang selamat adalah seperti berikut:

1.Kekalkan Kebersihan
          Basuh tangan sebelum menguruskan makanan. Ini adalah amat penting supaya makanan tidak tercemar oleh kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan kita. Jika perlu tangan hendaklah dibasuh setiap kali menguruskan jenis makanan yang berbeza. Tangan juga perlu dibasuh dengan sabun selepas menggunakan tandas. Kelengkapan memasak juga perlu dijaga kebersihannya. Jika perlu hendaklah disterilkan. Kawasan dapur hendaklah dilindungi dari serangga dan haiwan seperti tikus. Ini adalah untuk memastikan haiwan berkenaan tidak mencemarkan makanan yang kita simpan atau letak di atas dapur.

 2.Asingkan Makanan Mentah dan Bahan Yang Dimasak
          Bahan makanan yang telah dimasak hendaklah diasingkan dengan bahan makanan yang mentah. Ini adalah kerana bahan mentah boleh mencemarkan bahan makanan yang telah dimasak Alat perkakas seperti pisau, papan pemotong yang digunakan untuk bahan-bahan mentah. Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan pada bekas yang bertutup bagi mengelakkan pencemaran. Pengasingan ini juga melibatkan semasa penyimpanan makanan di dala peti sejuk. Penggunaan bekas makanan yang sesuai adalah amat penting untuk memastikan kebersihan makanan terjamin.

3.Masak Dengan Cara Yang Betul
          Makanan seperti ayam, daging, makanan laut dan telur mestilah dimasak dengan cara yang betul dan sempurna supaya makanan ini tidak mudah tercemar atau rosak. Makanan seperti sup dan makanan laut hendaklah dibiarkan mendidih sehingga 70 darjah celcius. Ini adalah untuk memastikan kuman atau bakteria dapat dimatikan pada suhu tersebut.  Memasak makanan terlalu lama hendaklah dielakkan. Ini adalah kerana akan menyebabkan kehilangan nutrien dan vitamin yang terdapat pada makanan.

4.Simpan Makanan Pada Suhu Yang Sesuai
          Makanan yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam. Makanan yang telah dimasak hendaklah dibekukan pada suhu 5 darjah Celcius. Ini adalah untuk memastikan makanan tersebut tidak rosak atau tercemar serta selamat dimakan selepas dipanaskan. Makanan yang dihidangkan juga hendaklah masih panas semasa dihidangkan lebih kurang 68 darjah Celcius semasa makanan tersebut dihidangkan. Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk tidak digalakkan disimpan terlalu lama. Begitu juga makanan yang telah dimasak tidak boleh dinyah beku pada suhu bilik kerana akan menyebabkan makanan tersebut tercemar.
 
5.Gunakan Air dan Bahan Mentah Yang Selamat
          Air yang digunakan untuk memasak dan diminum hendaklah air yang selamat digunakan atau air yang telah dirawat. Adalah digalakkan menggunakan penapis air. Penggunaan penapis air membantu kita mengelakkan minum air yang kurang bersih terutamanya jika kita tinggal di kawasan yang mempunyai kualiti air yang kurang baik.

           Makanan mentah seperti buah dan sayur hendaklah dipilih dari bahan-bahan segar yang kaya dengan vitamin dan nutrien. Pilih makanan yang diproses dengan betul dan selamat untuk dimakan. Contohnya susu yang telah disterilkan. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum di makan. Ini adalah untuk memastikan makanan tersebut selamat untuk dimakan. Kita hendaklah mengelakkan makan makanan yang telah lupus tarikh. Makanan yang telah lupus tarikh adalah tidak selamat untuk dimakan.

LATIHAN FIZIKAL



Pengenalan
Dalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui dan merancang latihan secara saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui dan mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan  yang sesuai.

Latihan Fizikal
Latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang ulang dan beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan penyesuaian diri. Tujuan utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki dan meningkatkan komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan apabila atlit memiliki koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan badan yang stabil dan tidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang dirancang dan dijalankan secara bersistematik dapat membantu para atlit meningkatkan prestasi. Semasa menjalani latihan fizikal ini atlit-atlit harus mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip latihan supaya apa yang dilaksanakan nanti berkesan dan memberi manfaat pada diri sendiri.


Prinsip-prinsip Latihan

1.    Memanaskan badan
Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(warming down). Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

2.    Ansur Maju
Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fisikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.

3.     Intensiti
Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban latihan. Intensiti latihan diberi dengan mempertingkatkan tempo latihan supaya atlit bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi latihan ke tahap sub maksimum. (70% higga 80% KNL).

4.    Spesifisiti (Pengkhususan)
Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan dayatahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan yang diceburi. Contoh bagi atlit lontar peluru perlu banyak latihan di bahagian tangan, pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan dayatahan kardiovaskular.

5.    Kekerapan latihan
Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.

6.    Masa latihan
Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.