Monday 16 July 2012

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Definisi Pembelajaran

Pembelajaran ialah satu proses yang melibatkan segala perubahan atau modifikasi tingkah laku akibat dari pengalaman yang berulang, latihan atau interaksi dengan persekitaran. Perubahan ini hendaklah berlaku dalam masa yang agak lama, tekal dan kekal.


                            Pembelajaranialah perubahan tingkah laku berdasarkan pengalaman  yang 
                            berulang. Pembelajaran yang  didapati boleh  jadi baik   atau    tidak      baik.
                                                                                                               (Vernon 1980)                                                                                        

                                                              Pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku
                                                              hasil daripada latihan dan interaksi dengan persekitaran.
                                                                                                                    (Lingrend 1971)                                                
Pembelajaran ialah proses yang berlaku dalam diri organisma yang menghasilkan perubahan tingkah laku secara tekal dan juga menghasilkan pengalaman.


Teori –teori Pembelajaran
    Teori-teori pembelajaran membawa andaian bahawa teori bermakna satu set prinsip yang berinteraksi, terjalin atau saling bergantung dan bertujuan menjelaskan berbagai-bagai-bagai pemerhatian dan fakta. Biasanya teori-teori akan mempunyai beberapa andaian yang kemudiannya akan diuji dengan eksperimentasi. Apabila eksperimen menghasilkan dapatanyang menyokong , maka andaian yang terbabit dalam usaha membuat dedukasi sebelum eksperimen dimulakan, akan dapat dijustifikasikan.

Teori Pembelajaran Behavioris

     Teori pembelajaran Behavioris merupakan salah satu daripada pembelajaran. Teori pembelajaran adalah sebati dengan disiplin psikologikal. Pembelajaran adalah satu proses psikilogikal asas. Teori Behavioris adalah teori yang membicarakan bagaimana manusia dan haiwan belajar.

 1.  John Broudus Watson (1878-1958)

     Watson merupakan pengasas teori pembelajaran Behaviorisme. Watson dan Rayner telah menunjukkan seekor tikus putih, monyet, dan beberapa topeng Santa Claus kepada Little Albert (9 bulan). Alberts berasa selesa dan tidak terganggu.Semasa Albert berumur 11 bulan sekali lagi dia telah ditunjukkan tikus putih. Dia sekali lagi telah menunjukkan reaksi yang sama iaitu, berasa selesa dan tidak terganggu.

     Aktiviti yang sama telah diulang dan diikuti dengan bunyi kuat sebatang paip besi yang dipukul ke lantai. Kali ini Albert berasa takut lalu dia menangis.Aktiviti tadi diulang beberapa kali selama tujuh minggu. Albert kelihatan takut ditunjukkan dengan cara menangis. Apabila dia ditunjukkan tikus putih tanpa diikuti bunyi kuat dia masih kelihatan takut.Albert telah mengaitkan apa saja yang berwarna putih dan berbulu dengan bunyi kuat.

     Pemerhatian selama sepuluh hari, didapati rasa takut Albert berkurangan. Albert telah mengaitkan tikus putih (rangsangan asal) yang neutral, telah menjadi rangsangan terlazim dengan bunyi kuat (rangsangan tidak terlazim).

Isu Yang Timbul

1.Albert terlalu muda untuk dijadikan sasaran eksperimen.
2. Ibu Albert tidak dimaklumkan tentang eksperimen yang telah dijalankan terhadap anaknya.
3. Dalam seting makmal, adalah tidak beretika penyelidik menghasilkan gerak balas rasa takut.
4. Kedua-dua penyelidik tidak menjalankan desintasasi bersistematik ke atas Albert.

 2. Ivan Petrovich Pavlov 1849-1936
     Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan perubatan yang berasal dari Rusia. Pavlov telah membuat kajian tentang  Kajian beliau adalah  rangsangan yang bukan sukarela. Pavlov telah memberi makanan(RTT) kepada anjing. Beliau mendapati air liur anjing meleleh. Kemudian beliau telah memberi makanan (RTT) kepada anjing didahului dengan bunyi loceng(RN). Beliau sekali lagi mendapati air liur anjing meleleh. Aktiviti ini diulang beberapa kali. Akhir sekali beliau hanya membunyikan loceng, didapati air liur anjing meleleh.
          Anjing tersebut telah mengaitkan bunyi  loceng(RN) dan makanan (RTT) bertukar menjadi Rangsangan Terlazim yang menghasilkan Gerakbalas Terlazim iaitu air liur anjing berkenaan.

Ringkasan Teori Pelaziman Pavlov
  1. Setiap rangsangan menghasilkan gerak balas
  2. Pembelajaran berlaku akibat rangsangan gerak balas.
  3. Bunyi loceng boleh menyebabkan gerak balas terlazim.

Konsep-konsep Yang diperkenalkan.
  1. Penghapusan – Gerak balas terlazim dihentikan.
  2. Pembelajaran semula- Gerak balas terlazim yang dihentikan dilakukan semula.
  3. Pemulihan serta-merta- Gerak balas terlazim dilakukan semula serta-merta.
  4. Generalisasi- Menyamakan rangsangan terlazim dengan rangsangan lain yang hampir sama.
  5. Diskriminasi- Tingkahlaku yang membezakan antara rangsangan terlazim.

 Penggunaan Teori Pavlov Dalam Bilik Darjah
  1. Disiplin- bunyi loceng-beratur
  2. Ganjaran- Pujian
  3. Latihan- Latihan dalam pembelajaran
  4. Generalisasi.
  5. Diskriminasi
  6. Pemulihan
  7. Serta-merta
 3. Edward Lee Thorndike 1874-1949
     Edward Lee Thorndike merupakan ahli psikologi pendidikan yang banyak menyumbangkan kepada bidang pembelajaran, pengajaran dan pengujian mental. Beliau telah mereka bentuk kotak ajaib di mana kucing dan anjing menyelesaikan masalah. Teori beliau adalah Teori Connectionisme yang menjadi asas ilmu pendidikan.

     Beliau meletakkan seekor kucing lapar di dalam kotak ajaib. Pemerhatian yang dibuat mendapati bahawa kucing itu cuba melepaskan diri untuk mendapatkan makanan. Beliau telah menyediakan satu graf yang menunjukkan masa kucing melepaskan diri semakin singkat. Walaupun begitu ia tidak meningkat secara mendadak.
                                                                                                                        
     Rangsangan gerak balas diikuti dengan keseronokan akan kekal. Manakala gerakbalas yang diikuti dengan kesakitan akan hilang.

Generalisasi
    1. Memperkenalkan pembelajaran cuba jaya
    2. Eksperimen tentang kucing dan selak.
    3. Mengemukakan tiga hukum::
i). Hukum kesediaan
ii). Hukum latihan.
iii). Hukum kesan (kesan yang menyeronokkan)

Penggunaan Teori Thorndike Dalam Bilik Darjah
  1. Rangsangan-BBM
  2. Cuba jaya-Murid tidak perlu diajar.
  3. Kesediaan murid- hukum kesediaan.
  4. Pembelajaran yang menyeronokkan.
  5. Penyesuaian aras kesukaran.

Hukum kesediaan Thorndike
  1. Apabila seseorang telah sedia untuk belajar, jika diajar boleh menimbulkan kepuasan.
  2. Apabila seseorang itu telah sedia untuk belajar, tetapi tidak ajar, ini akan menimbulkan dukacita dan kehampaan.
  3. Apabila seseorang itu tidak sedia untuk belajar, tetapi dipaksa belajar, akan menimbulkan dukacita dan kehampaan.

Jenis-jenis Kesediaan Belajar
  1. Kesediaan Kognitif
a. Memahami
b. Berfikir
c. Menaakul
d. Mengingat
 
  1. Kesediaan Afektif
  1. Emosi
  2. Sikap
  3. Minat

  1. Psikomotor
  1. Tingkahlaku
  2. Pertuturan
  3. Anggota badan
  4. Deria

Kesimpulan
      Manusia dan haiwan belajar melalui cuba jaya. ganjaran dan dendam.Setiap rangsangan yang diikuti oleh ganjaran akan menyebabkan tingkalaku berkenaan berulang manakala tingkahlaku yang tidak diikuti dengan ganjaran akan terhapus secara perlahan-lahan.

 Soalan Latihan
  1. Apakah yang akan berlaku jika Albert tidak ditunjukkan sebarang objek ?
  2. Apa reaksi Albert semasa ditunjukkan tikus putih buat kali pertama ?
  3. Apa gerak balas yang berlaku semasa Albert ditunjukkan tikus putih diikuti dengan bunyi kuat ?
  4. Pavlov berasal dari negara mana ?
  5. Apa yang berlaku semasa anjing ditunjukkan makanan ?
  6. Aktiviti di atas diulangi diikuti dengan bunyi loceng, apa gerak balas yang terhasil?
  7. Mengapa kucing berkenaan cuba melepaskan diri ?
  8. Jika kucing berkenaan diberi makanan sehingga kenyang, apakah kemungkinan yang akan berlaku ?
  9. Cuba nyatakan penggunaan teori Thorndike dalam bilik darjah?
  10. Nyatakan konsep yang diperkenalkan oleh Pavlov?
 Jawapan
  1. .Mungkin ada percubaan, tetapi tidak segigih semasa ia lapar.
  2.  Tiada apa-apa reaksi.
  3. Dia berasa selesa.
  4. Dia ketakutan lalu menangis
  5. Rusia
  6. Air liurnya akan meleleh.
  7. Air liurnya akan meleleh.
  8. Kucing cuba melepaskan diri kerana cuba mendapatkan makanan
  9. BBM, cuba jaya, kesediaan murid, pelajaran yang meneronokkan dan penyesuaian aras kesukaran.
  10. Penghapusan,pembelajaran semula,pemulihanserta-merta generalisasi  dan diskriminasi



Friday 6 July 2012

DASAR 1M 1S 1MALAYSIA



PENGENALAN
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

 Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.

Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

 
Rasional
Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.
Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah  pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

Matlamat
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Objektif
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:
6.1 Meningkatkan kecergasan jasmani;
6.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
6.3 Memupuk perpaduan di antara kaum;
6.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
6.5 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
6.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
6.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.