Monday 15 October 2012

Laporan Klinik Sepaktakraw

LAPORAN AKTIVITI KLINIK SEPAKTAKRAW SK SUNGAI RAMAI 2012
1.            Pendahuluan
Klinik sepaktakraw merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan. Oleh hal yang demikian ia telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai. Apa yang dapat diperhatikan ialah murid-murid di sekolah ini begitu berminat dengan aktiviti kokurikulum. Ini mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai wadah lain untuk mengisi masa mereka pada waktu petang.

2.            OBJEKTIF

1.1         Membina keyakinan diri menerusi klinik yang disertai
1.2         Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.
1.3         Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.
1.4         Meningkatkan disiplin dalam diri murid.
1.5         Memberikan kemahiran asas sepak takraw kepada murid.
1.6         Mendedahkan murid tentang undang-undang dan peraturan permainan.
                  
3. STRATEGI PELAKSANAAN
3.1 JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi                           : Komander(K) Hashim Adnan KAT, PPA (GB SK Sg Ramai)
Naib Pengerusi                    :           En. Khairul Azmi b. Kamaruddin (GK. Pentadbiran)
Setiausaha                         : En. Mohd Hanifah B. Awang Alijang
Bendahari                             :           Pn. Hanisah Jusoh @ Yusof
Ahli Jawatankuasa  :
i.              Pendaftaran dan Borang
Pn. Nooraznalaini Bt Mat Junos
ii.            Persiapan Tempat / Padang
En. Mohd Hanifah B. Awang Alijang 
           
iii.           Teknikal / Peralatan
En. Fakrulrazi B. Mansur

iv.           Minuman
Pn. Norazimah binti Adli

v.            Sijil
Pn. Noraini Bt Kamaruddin

vi.           Buku Program / Jemputan
Cik Norhayati Bt Md Daud

vii.         Juruacara
Pn. Maslinawatie Bt Mat Hasan

3.2 JADUAL PROGRAM

MASA

AKTIVITI
2.00 Petang
Pendaftaran
2.15 petang
·         Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah.
·         Ucapan Aluan Pengerusi Majlis.
·         Perasmian
(Encik Khairul Azmi bin Kamaruddin)
             Guru Kanan Pentadbiran SKSR
2.30- 2.45 petang
Jamuan Ringan
2.45 petang
Klinik Sepaktakraw
Kemahiran Servis (Encik Fakrulrazi bin Mansur)
3.45 petang
Klinik Sepaktakraw
Kemahiran Menimang Bola
(Encik Mohd. Yusri bin Yussof)
3.45- 4.00 petang
REHAT
4.00- 5.00 petang
Klinik Sepaktakraw
Kemahiran Menerima Bola
(Encik Mohd. Hanifah bin Ag. Alijang)
5.00-5.15 petang
·         Penyampaian Sijil Penyertaan
·         Sesi bergambar
·         Bersurai

  
4. REFLEKSI
4.1 Laporan Aktiviti Sebelum
          Kertas Kerja telah dipanjangkan kepada pihak pentadbiran sekolah pada 3 September  2012. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 5 September 2012. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan tugas ahli jawatankuasa dan aktiviti yang bersesuaian. Pihak pentadbiran sekolah telah menyokong penuh aktiviti ini kerana aktiviti ini nmerupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini dan mungkin memberi banyak manafaat kepada murid-murid di sekolah ini. Mesyuarat yang kedua telah diadakan pada 10 September 2012 bersamaan dengan hari Isnin. Mesyuarat kedua terpaksa diadakan dengan segera kerana minggu tersebut merupakan minggu UPSR. Pihak AJK telah memberi maklumbalas positif. Oleh hal yang demikian, pihak AJK tidak berdepan  banyak masalah untuk melaksanakan program ini.

4.2 Laporan Aktiviti Semasa
          Aktiviti Klinik Sepaktakraw diadakan pada 19 September 2012 bersamaan dengan hari Rabu. Pendaftaran telah bermula pada pukul 2.00 petang. Kesemua murid telah berjaya menghadirkan diri untuk menyertai program ini. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Khairul Azmi Bin Kamaruddin Guru Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai. Beliau amat gembira dan berbesar hati dengan komitmen guru dan murid untuk menyertai program ini. Beliau juga berharap agar Klinik seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa yang akan datang.
          Selepas upacara perasmian selesai guru-guru dijemput untuk menikmati jamuan ringan. Slot pertama bermula tepat pukul 2.45 petang. Slot ini dikendalikan oleh Encik Fakrulrazi bin Mansur. Slot ini berkisar tentang peraturan sepaktakraw dan servis. Fasilitator telah menerangkan secara panjang lebar tentang peraturan dan mengadakan sesi amali teknik melakukan servis. Para peserta kelihatan begitu berminat mengikuti slot ini. Tepat pukul 3.45 petang aktiviti berhenti rehat untuk memberi peluang murid minum di kantin.
          Slot yang kedua kendalikan oleh Encik Mohd. Hanifah bin Ag. Alijang. Slot ini bermula pada pukul 4.00 petang. Bagi slot ini ianya berkisar tentang kemahiran menerima bola. Kemahiran menerima bola dibahagikan kepada dua bahagian iaitu menerima bola dengan kepala dan menerima bola dengan kaki. Murid-murid telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Ini memudahkan fasilitator mengendalikan slot ini seperti yang dirancang.
          Slot yang ketiga ialah slot menimang bola. Slot ini dikendalikan oleh Encik Yusri bin Mohd Yusof. Beliau telah menganjar murid secara beransur maju bagaimana menguasai kemahiran asas ini. Slot ini dilaksanakan secara berkumpulan untuk mengurangkan masa menunggu mereka. Kemahiran ini pada mulanya kelihatan sukar. Tetapi selepas murpun id memahami teknik, majoriti murid trelah berjaya mencapai seperti yang dikehendaki oleh fasilitator.

4.3  Laporan Aktiviti Selepas
          Selepas ketiga-tiga slot selesai, acara penyampaian sijil pun diadakan. Acara ini disempurnakan oleh Encik Fakrulrazi bin Mansur Guru Kanan HEM SK Sungai Ramai. Peserta terbaik ialah adik Muhamad Nik Roslan bin Ahmad. Acara yang terakhir ialah sesi bergambar. Perancangan yang rapi serta kerjasama yang penuh dari guru-guru dan murid-murid menyebabkan aktiviti berjalan seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun kelemahan yang agak ketara ialah sekolah ini tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti ini. Namun bak kata pepatah tiada rotan akar pun berguna. Komitmen yang diberikan oleh guru-guru amat dibanggakan. Diharap untuk Klinik sukan yang akan datang segala kelemahan akan dapat diatasi. Sesungguhnya program ini banyak memberi manafaat kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai.

4.4 Kekuatan Projek
Projek yang telah dilaksanakan ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Saya merasa amat bertuah kerana sekolah ini memiliki dua orang guru yang amat berkebolehan dalam permainan sepak takraw. Ini yang mendorong saya untuk memilih klinik sepak takraw untuk dilaksanakan selaku projek pilihan dalam program intership pada kali ini. Kehadiran dua orang guru ini membuatkan perancangan program ini dapat dijalankan dengan begitu mudah. Kehadiran tenaga berpengalaman ini memiudahkan klinik ini berupaya mencapai objektif yang diharapkan.
          Selain daripada itu, pihak pentadbiran sekolah telah memberi sokongan yang padu khususnya Guru Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai Encik Khairul Azmi bin Kamaruddin merangkap guru pembimbing saya dalam program intership ini. Tuan Guru Besar juga telah memberikan sokongan moral dan berharap projek ini dapat memberi manafaat kepada murid-murid di sekolah ini. Guru-guru yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa juga telah memberi kerjasama penuh dalam melaksanakan program ini.
          Sekolah ini telahpun memiliki gelanggang sepak takraw berstandard sederhana membuatkan program ini kelihatan amat mudah untuk dilaksanakan. Oleh hal yang demikian amat wajarlah klinik sepak takraw dijadikan pilihan untuk program intership pada kali ini. Selain daripada itu, sekolah ini juga mempunyai kemudahan dalam permainan sepak takraw yang sedia ada. Contohnya jaring dan bola takraw yang mencukupi serta berkualiti.
          Perancangan yang rapi membuatkan projek ini kelihatan tersusun dari segi pelaksanaan. Pada 3 September 2012 kertas kerja projek ini telah siap dan dipanjangkan kepada pihak pentadbiran sekolah. Pada 5 September 2012 mesyuarat kali pertama telah diadakan dan disusuli pula pada 10 September 2012 untuk mesyuarat kali kedua. Akhirnya pelaksanaan projek pada 19 September 2012 yang telah memberikan impak yang membanggakan.

          Murid-murid yang menghadiri klinik ini telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mengikuti klinik ini. Murid-murid telah menunjukkan kesungguhan dalam mempelajari setiap kemahiran yang telah diajar. Komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh murid-murid membuatkan para fasilitator lebih bersemangat dalam menyampaikan ilmu pengetahuan yang mereka ada. Oleh yang demikian dapatlah dikatakan klinik ini telah berjaya mencapai objektifnya.
          Sekolah ini merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM), oleh hal yang demikian sekolah ini tidak mampu untuk menubuhkan pasukan permainan yang besar. Jadi sepaktakraw merupakan pilihan yang amat sesuai untuk dijadikan permainan utama di sekolah ini. Justeru itu, pelaksanaan projek ini amat bersesuaian dengan suasana, minat dan bakat yang ada dalam kalangan murid-murid di sekolah ini. Projek ini dilihat akan dapat menyediakan asas yang kukuh kepada murid-murid dalam mempelajari permainan sepaktakraw.  Majoriti murid-murid lelaki di sekolah ini bermain sepak takraw pada waktu petang di padang sekolah bersama rakan mereka yang lebih dewasa. Oleh itu, pelaksanaan projek ini membantu murid-murid memupuk minat mereka dalam mempelajari permainan sepak takraw.

4.5 Kelemahan Projek
Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, sekolah ini merupakan sekolah SKM, oleh yang demikian, pihak Ahli Jawatankuasa Klinik Sepektakraw terpaksa melibatkan semua murid lelaki dan perempuan di sekolah ini tanpa mengira kebolehan dan bakat mereka. Ini membuatkan tugas fasilitator sedikit mencabar kerana ramai dalam kalangan murid-murid ini kurang berbakat dalam permainan ini. Fasilitator terpaksa mengajar sesuatu kemahiran itu dari peringkat asas lagi. Walau bagaimanapun minat yang mendalam dalam permainan dalam kalangan murid menjadikan tugas fasilitator tidaklah begitu sukar seperti yang disangka.
          Keadaan cuaca yang tidak menentu membuatkan program ini tergendala sebentar kerana hujan telah turun renyai-renyai. Situasi ini agak sukar diatasi kerana pihak AJK tidak mempunyai alternatif lain untuk bertukar ke pelan kedua kerana di kampung ini tidak terdapat gelanggang sepak takraw tertutup yang boleh dijadikan alternatif sekiranya cuaca tidak mengizinkan.
          Di kampung ini tidak mempunyai gelanggang sepaktakraw tertutup untuk dijadikan alternatif jika cuaca tidak mengizinkan. Oleh itu, penentuan masa dan tarikh yang sesuai adalah agak sukar. Tambahan pula projek ini mesti dilaksanakan pada bulan September yang juga melibatkan peperiksaan UPSR. Apa yang dapat dikatakan di sini kita terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu dan kekangan  masa.

5. Cadangan Penambahbaikan
Untuk masa yang akan datang, ada baiknya projek seperti ini dapat dilaksanakan secara bersama iaitu melibatkan beberapa buah sekolah yang berhampiran. Ini akan dapat melibatkan lebih ramai peserta dan dapat menjemput fasilitator yang bertauliah dalam bidang ini. Penggabungan juga akan dapat menjimatkan kos dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan murid yang berbeza kaum dan agama.
         Penggabungan juga akan menjadikan program ini akan dapat dirancang dengan lebih kemas lagi kerana adanya perkongsian idea dalam kalangan guru-guru yang akan terlibat nanti. Perkongsian projek akan menjadikan program ini dapat memilih murid-murid yang benar-benar berbakat sahaja menyertai program ini. Pengkelasan begini membuatkan fasilitator akan lebih mudah menyampaikan bahan kursus dengan lebih berkesan.         
          Adalah dicadangkan untuk masa yang akan datang lokasi klinik hendaklah diadakan di dalam dewan. Ini adalah untuk mengelakkan halangan cuaca dalam melaksanakan program ini. Penggunaan dewan dalam melaksanakan program seperti ini akan memberi sedikit keselesaan kepada fasilitator dan murid-murid yang menyertai program ini,

6. Kesimpulan
        Sesungguhnya projek Klinik Sepak Takraw Tahun 2012 ini banyak memberi manafaat kepada murid-murid. Murid-murid akan lebih memahami bagaimana hendak berlatih dan bermain sepak takraw. Adalah diharapkan klinik ini akan dapat melahirkan pemain sepak takraw yang berkebolehan dan berkaliber untuk mewakili sekolah pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

(MOHD. HANIFAH BIN AG. ALIJANG)
Setiausaha Klinik Sepaktakraw,
Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai,
32400 Ayer Tawar, Perak.

6. ALBUM AKTIVITI

No comments:

Post a Comment