BOLA SEPAK
Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling banyak
dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (B. Inggeris: International Federation of Association
Football, B. Perancis: Fédération Internationale de Football Association)
Sejarah
Menurut FIFA, permainan-permainan
yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3
SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman
Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di
sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza
mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga
lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara
permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola
Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh
beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal
bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi
Undang-undang Bola Sepak
hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola
Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa
(International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886
dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak
England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola
Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah
meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri
yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di
stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di
seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium
bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion
pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga
bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam
musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak
dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang
mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran
dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak
membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh
kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.
Taktik
Peraturan perlawanan tidak
menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa
perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah
berubah. Mereka termasuklah:
- pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
- pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
- penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya
dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh,
terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan
kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun;
mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada
bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya
menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh
melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada
tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang
dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor
digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan,
yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga
adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden
termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan
mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.
Cara
permainan
Bola sepak adalah sejenis permainan
yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang
masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada
pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang
terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan
menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan
semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan
bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk
menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih
banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan
jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan
kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra
time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang
sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada
masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat
menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5
sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi
perlawanan.
Kejohanan
antarabangsa
Pertandingan antarabangsa terbesar
di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat
tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut
zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat
akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32
pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan
yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5
kali.
No comments:
Post a Comment