Friday 28 September 2012

Pendidikan Luar



1.       Definisi


a.     Ford ( 1981 ) mendefinisikan PL sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada.  Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

b.     Knapp ( 1981 ) menyatakan bahawa pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

c.      Hammerman et.al ( 1985 ) telah mendefinisikan pendidikan luar sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.


2.       Falsafah


Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu.  Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi di kalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional.

3.       Matlamat


1.     Pendidikan luar yang telah diubahsuai selaras dengan matlamat ‘ humanization of education’.  Perkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan yang sama dengan aspek jasmani.

2.     Matlamat pendidikan luar adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emasi dan social yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu.  Oleh itu, pendidikan luar haruslah mengandungi unsur-unsur pendidikan, etika, dan perpaduan.


4.       Perancangan Pendidikan Luar


1.     Pembentukan Jawatankuasa Induk – sebagai penggerak perancangan awal.  Jawatan kuasa dianggotai oleh beberapa jawatan seperti berikut:-

a.     Penaung
b.     Pengerusi
c.      Setiausaha
d.     Bendahari

2.     Perlantikan Jawatankuasa Kerja – Selepas JK induk bermesyuarat kali pertama, JK kerja dilantik untuk membuat draf yang berkaitan dengan bidang masing-masing seperti:-

a.     JK Pengangkutan
b.     JK Peralatan
c.      JK Makanan
d.     JK Tugas-Tugas Khas
e.      JK Penempatan
f.       JK Keselamatan
g.     JK Program
h.     JK Aktiviti
i.       JK Laporan dan Rekod

3.     Penyediaan Kertas Kerja – Kertaskerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah seperti berikut:-

a.     Tajuk
b.     Tarikh
c.      Matlamat
d.     Objektif
e.      Plan tindakan
f.       Pengisian Program
g.     Sumber tenaga
h.     Sumber kewangan
i.       Kawalan
j.       Penilaian

5.       Persiapan awal Pendidikan Luar

1.     Tinjauan  - perlu dilakukan sebelum program dijalankan.  Banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan, sumber air dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang difikirkan perlu.

2.     Surat menyurat – surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan dan sebagainya.  Surat-surat kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-laian lagi.

3.     Sumber kewangan – perlu jelas sumber kewangan.  Sebagai contoh kutipan dari ahli atau tajaan mana-mana pihak.

4.     Perancangan perbelanjaan – perlu sedia satu senarai perancangan perbelanjaan seperti pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya.

5.     Persediaan alatan – Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu tempat.

6.     Pengangkutan -  Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan.  Buat tempahan supaya tidak berlaku kesulitan.


6.       Perlaksanaan Pendidikan Luar



1.     Konsep Pendidikan Luar – apakah jenis konsep PL yang hendak dilaksanakan.  Biasanya bergantung kepada jenis aktiviti.  Konsep PL boleh diberi kepada 3 jenis iaitu:
a.     Berasaskan aktiviti darat
b.     Berasaskan aktiviti air
c.      Campuran kedua aktiviti.



2.     Kriteria pemilihan kawasan

a.     Faktor Keselamatan – tempat yang selamat digunakan seperti bebas dari gangguan orang luar, bebas dari unsur kemalangan seperti tanah runtuh, serangan binatang buas dan sebagainya.

b.     Faktor Keselesaan – Mempunyai kawasan yang luas dan boleh dibuat perancangan penempatan.

c.      Faktor Kemudahan – Mempunyai sumber air, mudah dapatkan bekalan makanan, perhubungan jalanraya dan komunikasi telefon, bantuan kecemasan dan lain-lain lagi.


3.     Merancang plan lokasi perkhemahan

a.     Perlu dirancang kawasan penempatan yang bersesuaian dengan faktor pemilihan kawasan.


7.       Pengurusan dan Pengendalian Alatan


1.     Jenis alatan dan pengendalian

a.     Alatan Perkhemahan
                                                             i.      Khemah-khemah dan tali-temali
                                                           ii.      Alatan pertukangan seperti parang, cangkul, penggali dan lain-lain.

b.     Alatan dapur dan memasak
                                                             i.      Periuk belanga
                                                           ii.      Pinggan mangkuk, sudu, cawan
                                                        iii.      Besen-besen, bekas air dll
                                                        iv.      Pisau, parang dan sebagainya.

c.      Alatan aktitiviti
                                                             i.      Senaraikan dan asingkan ikut keperluan setiap aktiviti.



2.     Penyimpanan dan penyelenggaraan peralatan

a.     Zon/ tempat peralatan yang berbeza
                                                             i.      Alat memasak
                                                           ii.      Alat aktiviti
1.     air
2.     darat
                                                        iii.      Alat pertukangan atau kraf khemah

b.     Petugas yang bertanggung jawab.
                                                             i.      Ada pegawai yang bertugas untuk keluarkan alatan dan menyimpan semula.
                                                           ii.      Mencatat atau merekodkan penggunaan peralatan.

8.       Penyediaan Makanan


1.     Sistem penyediaan individu

Makanan disediakan secara paket dan mencukupi untuk tempoh perkhemahan. Individu menyediakan makanan secara bersendirian dengan menggunakan peralatan memasak yang ringkas seperti messtin, solid foil dan dapur pakai buang.  Sesuai untuk program yang lasak dan tapak perkhemahan beredar.

2.     Sistem penyediaan kumpulan kecil

Penyediaan makanan dilakukan mengikut kumpulan kecil seperti kumpulan aktiviti.  Kumpulan merancang menu dan mendapatkan bekalan makanan sendiri.  Cara ini lebih mudah tetapi memerlukan peralatan yang banyak.  Sesuai untuk murid sekolah menengah.

3.     Sistem penyediaan pusat

Sistem ini kerap dilakukan kerana mudah dilaksanakan.  Peralatan memasak yang mencukupi dan mudah diurus.  Hanya satu rancangan menu digunakan.  Sesuai untuk perkhemahan sekolah rendah.

4.     Pantri / dapur makanan

a.     Perlu disediakan untuk sesuatu program perkhemahan terutama bagi system masak berpusat atau berkumpulan.  Ini memudahkan untuk menyemak dan mengawal bekalan makanan.

b.     Pantri merupakan kawasan larangan dan hanya orang bertugas dibenarkan berada dikawasan tersebut.  Perlu pastikan semua petugas mestilah berkeadaan bersih.  

9.       Kawalan Keselamatan dan Kecemasan


1.     Sistem kawalan – sediakan jadual giliran kawalan malam.
2.     Kod Laluan – Gunakan kod yang diketahui dan telah disahkan oleh semua ahli.
3.     Peralatan – lampu suluh, tongkat, wisel, buku catatan.
4.     Peti ubat yang lengkap dan terkawal.  Ada petugas yang ditetapkan untuk memberi bantuan bantu mula.
5.     Sediakan tempat khas untuk peserta yang sakit atau cedera.

10.     Pemilihan Aktiviti

         
Aktiviti dipilih berasaskan beberapa faktor:-

1.     Tenaga mahir. (Guru atau jurulatih luar)
a.     Benar-benar layak dan diikhtiraf oleh badan-badan yang berkaitan.  Bagi aktiviti air perlu ada pengiktirafan “bronze medallion”.
b.     Mempunyai disiplin dan beretika.

2.     Peralatan yang mencukupi dan selamat.
a.     Berkeadaan baik dan selamat digunakan.
b.     Disahkan standard piawai – contoh aktiviti tali.  Peralatan yang digunakan perlu disahkan standard piawai oleh UIAA ( United International Association de Alpine ).

3.     Keadaan tempat – keselamatan tempat yang hendak digunakan.
a.     Tahu sepenuhnya tentang keadaan tempat aktiviti seperti laut, lereng bukit dan sebagainya.
b.     Tahu aras kesukaran kawasan seperti kederasan arus atau ketinggian bukit.

4.     Masa yang hendak digunakan
a.     Masa yang diperlukan untuk melakukan aktiviti.
b.     Perancangan masa perlu bersesuaian dengan tahap murid.

5.     Bilangan peserta.
a.     Bilangan peserta yang sedikit lebih mudah dikendalikan.
b.     Jika ramai, perlu rancang aktiviti sesuai dan mudah dikawal.

6.     Lain faktor yang difikirkan perlu.
a.     Faktor-faktor lain perlu diambil kira seperti cuaca, latar belakang peserta, kemahiran pertolongan cemas dan sebagainya.

11.     Penyediaan Laporan

Laporan perlu disediakan selepas amali dijalankan.  Dicadangkan kandungan laporan seperti berikut:

1.     Salinan kertas kerja.
2.     Surat-surat yang dikeluar dan diterima.
3.     Laporan dari setiap jawatan-kuasa dan refleksi.
4.     Refleksi keseluruhan.

12.     Kesimpulan

Perlaksanaan program Pendidikan Luar secara keseluruhannya boleh dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:

1.     Fasa Sebelum
a.     Mesyuarat atau perbincangan
b.     Penyediaan kertas kerja
c.      Tinjauan kawasan
d.     Kutipan wang dan perancangan perbelanjaan
e.      Persediaan Persiapan dan alatan



2.     Fasa Semasa
a.     Perlaksanaan program yang dirancang.
b.     Refleksi semasa.

3.     Fasa selepas
a.     Pengemasan alatan.
b.     Penyediaan laporan


No comments:

Post a Comment