LONTAR PELURU GAYA LUNGSURAN SELANGKAH
PENGENALAN
Acara ini memerlukan kekuatan dan
kemahiran untuk melontar peluru dari
bulatan kecil. Lontaran ini hanya boleh
dilakukan dengan sebelah tangan sahaja. Balingan dari belakang bahu
merupakan teknik yang salah. Oleh itu
sebagai satu acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi pelajar
sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas melontar peluru, seperti acara-acara
yang lain boleh juga diperkenalkan kepada pelajar sekolah rendah.
SEJARAH
Mengikut sejarah, aktiviti
melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang
Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta
acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan
ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai
acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di
Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa
kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang
kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat
menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.
Dari sini, bermulalah
sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat
daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah
dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran
7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke
negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk
dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan
lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada
tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter
7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang
seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna
pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik
melontar peluru
PERALATAN
KUMPULAN UMUR
|
BERAT PELURU
|
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
|
Bawah
18 tahun
|
5.45 kg
|
4.0 kg
|
Bawah
15 tahun
|
4.55 kg
|
4.00 kg
|
Bawah
12 tahun
|
2.72 kg
|
2.72 kg
|
PRINSIP ASAS LONTAR PELURU
Gaya melontar Parry
O’Brien adalah kurang sesuai bagi pelajar sekolah rendah sekiranya mereka
tidak mempunyai kaki yang kuat. Di samping itu acara ini terlalu teknikal dan
memerlukan koordinasi yang tinggi. Justeru itu adalah memadai sekiranya para
pelajar hanya diajar cara berdiri dan melontar dan cara melungsur ke belakang
sebagai suatu usaha untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajaran Pendidikan
Jasmani. Para pelajar seharusnya membina kesedaran bahawa melontar memerlukan pergerakan
yang licin dan koordinasi seluruh anggota badan dan bukan setakat menolak
dengan tangan sahaja.
FASA- FASA PERGERAKAN
Fasa-fasa atau peringkat pergerakan
melontar peluru biasanya terdiri daripada yang berikut:
v Pegangan
peluru
v Lakuan
sedia
v Lungsuran
v Kilasan
badan
v Lontaran
v Pulihan
CARA MEMEGANG PELURU
Walau apa pun cara atau gaya
lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh
dibahagikan kepada dua:
v Teknik memegang peluru dengan tiga
jari. Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah (yang
direnggangkan sedikit) dan ibu jari.
Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.
v Teknik memegang peluru dengan lima
jari. Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi
kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan kepada pelajar sekolah rendah.
- Pegang dengan tiga jari
- pegang dengan lima jari
TEKNIK LONTAR PELURU
Teknik
atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:
v
Gaya
berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)
v
Gaya
melungsur selangkah
v
Gaya
Parry O’Brien
GAYA MELUNGSUR SELANGKAH
Lakuan
sedia
- Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran.
- Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan.
- Kaki kiri diibaratkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki).
- Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.
Lungsuran
- Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.
- Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin.
- Berat badan pelontar mestilah masih berada di kaki kanan manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok.
- Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan
badan
- Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.
- Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.
Lontaran
1.
Apabila
kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki yang melungsur
(kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan menjadi
terangkat dan melentik.
2.
Pergerakan
ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan
menggunakan bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru.
3.
Tangan
mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kiri mestilah digunakan untuk
menahan dengan kuat.
4.
Kedua-dua
belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontarkan.
Pulihan
1.
Sebaik
langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan terjatuh di
kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah
dilakukan jika perlu.
2.
Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan
ikut lajak.
3.
Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan
ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri
digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.
LATIHAN ANSUR MAJU
Latihan 1
- Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolakan yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri)
- Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru dengan baik.
Latihan 2
- Berdiri dengan bahu kiri menghadap kawasan lontaran. Kaki direnggangkan.
- Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan.
- Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang.
- Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.
Latihan 3
- Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian bulatan.
- Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan.
- Condongkan badan sedikit. Ketingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan.
- Kilaskan badan dan buat lontaran.
Latihan 4
- Pelontar berdiri dan membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan.
- Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang. Latihan ini dibuat secara berulang-ulang.
- Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran.
Latihan 5
Pelajar digalakkan mencuba
pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran.
PERATURAN ASAS
- Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan
- Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
- Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan atau papan penahan.
- Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan.
- Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sektor.
- Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan melalui bahagian belakang bulatan.
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
- Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan.
- Pangkal pita ukur di tempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar
- Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai di tandaan di tengah-tengah bulatan melontar
- Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penanda akan menunjukkan jarak lontaran itu.
PERINGKAT PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MOTOR
Tahap Pemerolehan
Kemahiran Motor
Kemahiran motor
didefinisikan sebagai keupayaan mencapai objektif sesuatu pergerakan dengan
usaha yang minimum. Kejayaan mencapai objektif juga dapat dilakukan dengan
konsisten. Setiap proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor akan melalui pelbagai
peringkat tertentu. Terdapat beberapa model yang dikemukakan bagi menggambarkan
peringkat pencapaian sesuatu kemahiran motor. Model yang agak mudah difahami
adalah model yang dikemukakan oleh Fitts & Posner (1957). Berdasarkan model
Fitts & Posner, tahap pencapaian kemahiran motor adalah tahap kognitif
lisan, tahap asosiatif dan tahap autonomi.
(i) Tahap Kognitif Lisan
Tahap ini merupakan
peringkat permulaan atau peringkat paling rendah dalam proses pembelajaran
sesuatu kemahiran motor. Pada tahap ini, pelajar memerlukan arahan yang jelas
bagi melakukan kemahiran yang terlibat. Istilah lisan merujuk kepada arahan
yang disampaikan oleh jurulatih atau pengajar. Istilah kognitif pula merujuk pada
tafsiran pelajar mengenai maksud arahan
yang diterima daripada jurulatih atau pengajar tadi.
Pada peringkat
ini, pelajar masih dalam proses menguasai kemahiran asas yang terlibat. Sebagai
contoh, dalam permainan tenis, pelajar di peringkat ini sedang dalam proses
menyesuaikan teknik mencekak raket dengan tahap keselesaan masing-masing. Pelajar
juga berada diperingkat mengenal fasa-fasa melakukan pukulan asas.
(ii) Tahap Asosiatif
Tahap ini
merupakan peringkat pertengahan dalam proses pembelajaran kemahiran motor. Pada
tahap ini, pelajar telah menguasai semua kemahiran asas yang diperlukan dan
mereka berada di peringkat menentukan strategi yang terbaik untuk melaksanakan
kemahiran tersebut. Sebagai contoh, dalam permainan tenis, sekiranya mendapat
hantaran separuh gelanggang, pemain yang berada di tahap ini akan menghadapi
persoalan sama ada untuk membuat hantaran balas defensif ataupun ofensif. Perkara
penting di tahap ini adalah pelajar tidak memerlukan arahan jurulatih dan sudah
mempunyai kemampuan untuk melakukan pembelajaran kendiri (self-learning).
(iii) Tahap Autonomi
Tahap ini
merupakan peringkat tertinggi dalam proses pemerolehan kemahiran motor. Pada
peringkat ini, pergerakan kemahiran dihasilkan seolah-olah secara automatik.
Pelajar sudah menguasai semua kemahiran asas yang diperlukan. Atlit-atlit yang
bertanding di sukan peringkat tinggi seperti sukan olimpik ataupun kejohanan di
peringkat kebangsaan seperti SUKMA, liga bola sepak FAM dan sebagainya boleh
dianggap telah mencapai tahap kemahiran autonomi.
PEMBOLEHUBAH YANG MEMPENGARUHI TAHAP
KEMAHIRAN MOTOR
Peningkatan kemahiran motor dari
tahap kognitif lisan ke tahap autonomi
dipengaruhi
oleh dua pembolehubah utama iaitu pembolehubah praktis dan
maklumbalas.
Praktis
Praktis didefinisikan sebagai
aktiviti yang dilakukan dengan kadar ulangan yang tinggi. Tanpa praktis
pembelajaran kemahiran motor tidak akan berlaku. Usaha merancang praktis bagi
pembelajaran kemahiran motor perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut iaitu jenis
praktis, kaedah praktis dan taburan praktis.
(a) Kaedah Praktis
Umumnya, kaedah praktis yang
diaplikasi adalah secara fizikal dan mental. Praktis fizikal merupakan kaedah
praktis yang lazim dijalankan dalam sesi-sesi pembelajaran motor, iaitu pelajar
perlu melaksanakan program praktis yang telah dirancang secara nyata. Perlakuan
yang dihasilkan dapat dilihat dan diperbaiki. Praktis fizikal adalah kaedah
praktis yang utama dalam sesuatu sesi pembelajaran kemahiran motor. Praktis
mental pula merupakan praktis pelengkap kepada kaedah praktis fizikal. Praktis
mental tidak melibatkan perlakuan fizikal yang nyata. Perlakuan-perlakuan
fizikal yang
hendak
dilakukan direalisasikan dalam bentuk imageri.
(b) Taburan Praktis
Taburan praktis merujuk kepada
jangkamasa pelaksanaan sesuatu sesi praktis. Terdapat dua jenis taburan praktis
iaitu taburan massa dan taburan agihan. Taburan praktis massa ialah jenis
taburan praktis di mana pelaksanaannya memakan masa yang lama dengan kadar rehat
yang sedikit. Sebagai contoh, sekiranya satu sesi praktis mengambil masa selama
2 jam dan jurulatih membenarkan rehat selama 5 minit selepas jam pertama (iaitu
sekali rehat sepanjang praktis), taburan masa aktiviti selepas rehat menggambarkan praktis massa. Taburan
praktis agihan merujuk kepada jenis taburan praktis di mana pelaksanaannya
melibatkan masa rehat yang kerap sepanjang sesi praktis. Contohnya sekiranya
satu sesi praktis mengambil masa selama 2 jam dan jurulatih membenarkan rehat
selama 5 minit selepas setiap 20 minit (iaitu enam kali rehat sepanjang
praktis), taburan masa aktiviti-rehat menggambarkan keadaan praktis taburan.
Maklumbalas
Keberkesanan praktis yang dijalankan
bagi pembelajaran kemahiran motor adalah dipengaruhi oleh maklum balas yang
diterima. (Perbincangan mengenai peranan maklumbalas dalam pembelajaran motor
adalah fokus kepada jenis maklum balas serta teknik menyampaikannya kepada
pelajar).
Jenis maklum balas Maklum balas yang wujud
dalam pembelajaran motor adalah maklum balas intrinsik dan ekstrinsik. Maklum
balas dalaman adalah maklum balas yang diperolehi daripada sumber deria dan
dialami sendiri oleh pelajar. Contoh maklum balas intrinsik adalah rasa sakit
atau selesa. Maklum balas ekstrinsik merupakan maklum balas tambahan daripada
sumber luaran seperti arahan jurulatih atau tayangan video.
Teknik penyampaian maklum balas
ekstrinsik Teknik penyampaian maklum balas ekstrinsik perlu mempertimbangkan
dua aspek iaitu jenis maklumat yang perlu disampaikan dan cara maklum balas
tadi boleh disampaikan. Jenis maklumat yang hendak disampaikan berguna dan sesuai
dengan tahap kemahiran pelajar. Maksudnya, sekiranya maklumbalas bertujuan
untuk membetulkan pergerakan yang salah, jurulatih mesti memastikan pelajar tadi
mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk melakukan pergerakan yang “betul”. Cara maklum
balas tadi hendak disampaikan pula, bergantung kepada perbezaan kapasiti untuk
memproses maklumat daripada maklum balas tersebut, dan perbezaan tahap
kemahiran motor yang mungkin wujud antara pelajar yang mempelajari kemahiran
yang sama
REFLEKSI
ACARA LONTAR PELURU
Acara lontar peluru merupakan acara
yang begitu teknikal. Ia memerlukan kemahiran motor yang tinggi untuk membuat
gerakan yang sempurna. Untuk menguasai kemahiran dalam lontar peluru memerlukan
masa yang agak lama. Guru atau jurulatih perlu mengajar mengikut fasa-fasa.
Pembetulan harus segera dilakukan sekiranya jurulatih atau guru dapat mengesan
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Ini adalah bagi mengelakkan kesalahan
yang dibuat berkenaan menjadi kukuh dan dianggap betul oleh pelajar. Sekiranya
pembetulan lambat dilakukan dan pelajar telah menggunakan kesalahan berkenaan
tersebut maka adalah menjadi kesukaran untuk mengubahnya atau
memperbetulkannya.
Untuk mengajar lontar peluru guru
atau jurulatih perlu memulakannya dengan warm up yang berkaitan dengan acara
ini. Warm up boleh dimulakan dengan warm up secara umum seperti joging kemudian diikuti dengan
wam up spesifik. Warm up spesifik bermaksud warm up yang berkaitan dengan
kemahiran yang hendak diajar. Dalam acara lontar peluru kita mestilah banyak
membuat regangan dan drill di bahagian tangan. Otot-otot yang terlibat seperti
bisep, trisep dan deltoid mesti diberi tumpuan. Ini adalah
bagi membolehkan pelajar dapat mengadaptasikan diri untuk acara tersebut.
Setelah pelajar mengalami proses adaptasi,
ianya akan memudahkan jurulatih mengajar kemahiran- kemahiran yang berkaitan.
Pelajar lebih mudah mengaplikasikan setiap langkah yang diajar sekiranya
jurulatih mengajar secara beransur maju. Pengalaman pertama dalam menerima
pembelajaran adalah penting kerana ianya akan lebih mudah diingat dan kukuh di
minda pelajar. Input yang salah akan menyukarkan jurulatih untuk memperbetulkan
kesalahan.
Untuk mengajar acara lontar peluru
faktor yang perlu dititikberatkan ialah faktor keselamatan. Ini adalah kerana
acara ini merupakan acara yang boleh mendatangkan kecederaan serius jika faktor
keselamatan diabaikan. Apabila murid sudah memahami perkara-perkara yang
penting demi menjaga keselamatan diri barulah kemahiran yang pertama boleh
diajar.
Perkara asas yang pertama boleh diajar
ialah cara memegang. Selepas murid mengetahui cara memegang ialah aksi
bersedia. Di sini murid perlu memahami bahawa peluru perlu ditolak bukan
dibaling. Latihtubi aksi menolak samada secara bersendirian atau berpasangan
perlu dilakukan beberapa kali. Setelah kemahiran berkenaan dikuasai bolehlah
beralih ke kemahiran seterusnya iaitu lungsuran selangkah. Kemudian guru
bolehlah mengajar cara ambil lajak, iaitu dengan cara merendahkan badan, lutut
bengkok dan pergerakan laju. Setelah kemahiran berkenaan dikuasai barulah guru
boleh mengajar kemahiran yang terakhir iaitu ikut lajak. Guru perlu menerangkan
pergerakan yang laju akan membantu jarak lontaran. Setelah kemahiran acara
lontaran selesai guru perlu menjelaskan mengenai peraturan, agar murid tidak
melakukan kesalahan mudah yang boleh merugikan
Dalam proses menyiapkan tugasan kali
ini adalah lebih mencabar. Kami telah kembali ke kampung halaman masing- masing.
Oleh hal yang demikian, jarak merupakan halangan untuk kami berbincang.
Kecanggihan peralatan ICT pada masa kini membolehkan kami masih boleh berhubung
secara online samada melalui email, laman sembang serta sms. Setiap ahli
kumpulan telah memainkan peranan masing- masing dalam menyumbangkan idea yang
bernas untuk menjadi intipati dalam tugasan ini.
Kejohanan sukan peringkat sekolah dan daerah
yang sedang rancak berlangsung juga menjadi sumber idea bagi menjadikan tugasan
kali ini lebih bermakna. Adalah diharapkan agar hasil tugasan kali ini dapat
mencapai objektif dan tahap yang diinginkan oleh pihak IPGM dan pensyarah
pembimbing.
RUJUKAN
Idris bin Mohamad, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tingkatan 1, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2002
Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5, Pusat perkembangan
Kurikulum, Edisi Julai 2002
Pertumbuhan dan Perkembangan
Pembelajaran Motor Untuk
PISMP-IPGM Ambilan 2009, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah
Darul Aman, 2010
Tan Kiat Keong HBPE Pembelajaran Motor Open University
Malaysia, 2009
Kursus Kejurulatihan Asas Olahraga, Majlis Sukan Negara
Malaysia, 2000
Tahniah cikgu, satu post yang lengkap dan berguna.
ReplyDelete